PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, dan abangnya, Datuk Abdul Latif dibebaskan hari ini selepas direman selama 10 hari bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Keputusan itu dibuat oleh Majistret Ahmad Afiq Hasan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan dua penjamin setiap seorang.

Sementara itu, peguam bela Abdul Azeez memberitahu pemberita, jumlah jaminan adalah sebanyak RM1 juta.

Menurut sumber SPRM, siasatan ke atas Abdul Azeez belum lagi lengkap dan beliau boleh dipanggil pada bila-bila mengikut keperluan.

Sebelum ini, perintah penahanan reman Azeez dan abangnya Latif adalah bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Abdul Azeez, 52, yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dilantik sebagai pengerusi TH pada Julai 2013 dan mengumumkan meletakkan jawatan pada 23 Mei lalu.

Ia adalah hari sama SPRM menyerbu beberapa hartanah yang berkaitan dengan beliau dan merampas wang tunai berjumlah RM500,000 dan sejumlah jam tangan.

DIKEMASKINI: Umno pecah belah tidak lagi takut Najib, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share