Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi seruan kepada pihak polis agar berhenti menahan mereka yang membuat penghinaan ke atas beliau.

“Perkara itu (penangkapan) tidak sepatutnya berlaku. Saya tidak keberatan dihina oleh sesiapa pun, ia tidak akan menjejaskan saya. Terdapat satu kes di Pulau Pinang dan saya beritahu mereka (polis) agar tidak mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

“Ahli politik mesti menerima apabila dikritik, atau diejek,” katanya Tun Dr Mahathir epada pemberita di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri mengulas penahanan Azman Noor Adam baru-baru ini di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 kerana menyebarkan imej yang didakwa menghina Mahathir di media sosial.

Azman adik kepada Lokman Adam seorang ahli Majlis Tertinggi Umno ditahan polis selepas disyaki berkongsi gambar seorang kenalannya menunjukkan seorang budak menayangkan punggung ke muka Dr Mahathir yang muncul di kaca televisyen.

Untuk rekod pada Mei lalu, polis Langkawi juga telah menahan seorang lelaki atas pertuduhan yang sama di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

DIKEMASKINI: Umno pecah belah tidak lagi takut Najib, kata Tun Mahathir

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share