Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan parti Umno, sebagai tulang belakang kepada Barisan Nasional (BN) yang tewas pada Pilihan Raya Umum Mei lepas, akan berhadapan satu kejatuhan.

Perdana Menteri Malaysia itu berkata ramai anggota parti berkenaan mengambil keputusan meninggalkan Umno kerana mereka kini tidak lagi rasa takut kepada bekas presiden parti, yang juga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Umno kini berpecah-belah, ia hanya menuju kejatuhan. Tiada lagi masa hadapan untuk Umnokerana orang ramai secara menyeluruh bencikan Umno,” katanya pada mesyuarat dengan anggota Majlis Mengenai Hubungan Luar Amerika Syarikat.

Dr Mahathir berkata, Najib telah melemahkan kepimpinan dan malahan kedudukan dan rekod parti kerana pengaruh wang hingga jentera pentadbiran juga menjadi lemah.

“Beliau menggunakan jentera pentadbiran untuk partinya, berkempen untuk partinya. Itu sepatutnya tidak dilakukan oleh mereka. Sudah semestinya mereka patut menerima arahan daripada kerajaan yang dipilih tetapi bukan untuk berkempen untuk parti. Itu bukan tugas mereka.

“Dan sekarang ini saya pula menghadapi masalah untuk mengeluarkan mereka ini, yang masih setia kepadanya,” kata Dr Mahathir.- Bernama

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share