Syed Ali Al Habshee penyokong kuat Najib Razak dan Rosmah Mansor umum keluar Umno. – Foto The Ant Daily

oleh Shahbudin Husin

Pada 24 September Ketua UMNO Bahagian Cheras di Wilayah Persekutuan, Syed Ali Al-Habshee mengumumkan keluar daripada UMNO.

Beliau memberi alasan tindakannya keluar UMNO adalah demi survival Melayu.

Hairan juga alasan itu dan apakah bermakna UMNO selama ini bukan berjuang untuk orang-orang Melayu?

Atau perjuangan Melayu oleh UMNO itu telah hilang bersama hilangnya kuasa parti itu selepas PRU14 yang lalu?

Meskipun Syed Ali tidak menyebut parti mana yang akan disertainya selepas ini, tetapi pada Ahad lalu beliau bersama bekas menteri, Syed Hamid Albar telah hadir dalam majlis ulang tahun ketiga parti Amanah di Temerloh, Pahang.

Dengan itu ada kebarangkalian dan kemungkinan besar bahawa Syed Ali akan memilih Amanah sebagai wadah baru perjuangannya.

Apa pun pilihannya, selamat meneruskan perjuangan buat Syed Ali, meskipun kawasan Cheras sejak azali lagi sentiasa dikuasai oleh DAP, salah satu parti komponen dalam Pakatan Harapan.

Kebetulan tidak lama selepas Syed Ali mengumumkan keluar UMNO, tersebar satu surat panggilan daripada pihak polis kepada UMNO Bahagian Batu, Wilayah Persekutuan untuk hadir memberi keterangan berhubung siasatan berkaitan penggubahan wang haram.

Surat itu memerintahkan untuk hadir tanpa gagal memberi keterangan kepada pihak polis pada esok, Rabu bersamaan 26 September 2018.

Ketua UMNO Bahagian Batu ketika ini ialah Senator Yahya Md Ghani atau Abas.

Siasatan pihak polis berkaitan penggubahan wang haram itu dipercayai berkemungkinan ada kaitan dengan dakwaan ramai Ketua UMNO Bahagian di seluruh negara pernah menerima wang tunai daripada Najib Razak yang dipercayai berasal daripada dana 1MDB yang dilencongkan.

Tidak dapat dipastikan siapa lagi Ketua UMNO Bahagian yang turut menerima surat daripada pihak polis itu.

Juga tidak diketahui sama ada Syed Ali ada menerima surat yang sama sebelum beliau membuat keputusan keluar daripada UMNO.

Kiranya ada, apakah kerana surat itu Syed Ali bertindak keluar meninggalkan UMNO?

Bagaimana dengan Ketua UMNO Bahagian Batu selepas ini?

Persoalan lain, adakah lebih ramai lagi Ketua UMNO Bahagian akan turut keluar UMNO di hari-hari mendatang nanti?

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya – Billion Dollar Whale

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share