Rosmah Mansor didakwa penulis buku ‘Billion Dollar Whale’ sebagai melindungi Jho Low. – Foto The True Net

Datin Seri Rosmah Mansor didakwa memberi akses penuh kepada ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mendapatkan kuasa di Putrajaya.

Portal NSTP melaporkan dakwaan tersebut dibuat wartawan dan Pengarang bersama Billion Dollar Whale, Tom Wright dalam temu bual bersama stesyen radio, BFM Breakfast Grille, hari ini.

Wright mendakwa hubungan Jho Low dengan Rosmah mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak.

Wright berkata hubungan itu dilakukan melalui penerbit Hollywood Riza Aziz yang juga anak Rosmah.

“Rosmah penting, saya percaya, kerana dia membantu Jho Low untuk mendapatkan pusat kuasa di Malaysia dan dia mendapat manfaat daripadanya,” kata Wright yang turut mendakwa bahawa Rosmah telah diberi ganjaran dengan barang kemas, wang tunai dan hadiah lain.

Wright berada di Malaysia untuk mempromosikan buku kontroversi yang ditulisnya bersama rakan sekerja, Wall Street Journal, Bradley Hope.

Wartawan Wall Street Journal (WSJ), Tom Wright, berkata pegawai kanan kerajaan era pentadbiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak antara sumber yang mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tetapi beliau tidak boleh mendedahkan individu berkenaan kerana dikhuatiri membahayakan mereka.

Beliau berkata sumber berkenaan memberi maklumat kepadanya berhubung penyelewengan dana 1MDB sehingga ia berjaya dibukukan.

“Mereka memberi sepenuh kepercayaan terhadap saya dan secara umumnya mereka adalah pegawai kanan kerajaan. Saya bercakap mengenai individu yang dikenali dan bukannya seorang birokrat.

“Jadi, mereka tahu apa yang sebenarnya berlaku. Itu cara kita dapatkan banyak dokumen berkaitan pada peringkat awal,” katanya pada sesi soal jawab bersama media dan tetamu di pelancaran buku Billion Dollar Whale.

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

Tom Wright turut mendedahkan beberapa model majalah Playboy dipanggil untuk mendapatkan maklumat berhubung penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa memperoleh nombor telefon model majalah Playboy itu yang terkandung dalam emel dan buku milik Red Granite iaitu syarikat kepunyaan Riza Aziz, anak tiri Datuk Seri Najib Razak.

“Kami dapat nombor telefon (model majalah Playboy) termasuk nombor telefon pelakon Hollywood dalam emel dan buku milik syarikat Red Granite.

“Model Playboy ini suka melepak. Jadi kami hubungi seramai 30 model sekitar (tahun) 2008, 2009. Daripada jumlah itu, dua orang sahaja ingat Jho Low (Low Taek Jho)

“Dua model itu berkata; ‘ya, saya ingat Jho Low. Kami pernah hadir di majlis hari jadinya di Palazzo’. Antaranya Stephanie Lawrenmore seperti yang dipetik dalam buku (Billion Dollar Whale),” katanya seperti dilapor portal BHOnline.

Wright berkata, sesi ‘lepak’ bersama model majalah Playboy itu adalah proses mendapatkan maklumat, sekali gus membantu membongkar isu penyelewengan dana 1MDB.

Untuk rekod, serbuan di kondominium yang dikaitkan dengan Najib mendedahkan wang tunai berjumlah RM116.7 juta, barang kemas dirampas polis bernilai di antara RM660 hingga RM880 juta.

Antaranya 14 tiara, 1,400 kalung 2,100 gelang, 2,200 cincin, 2,800 set anting-anting juga 234 cermin mata hitam (RM374,000), 423 jam tangan (RM7.8 juta) dan 567 beg tangan (RM51.3 juta).

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia semalam berkata ia telah menyiasat Rosmah dan mengemukakan penemuan dan cadangannya kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya

Jho Low menjadi buruan di Malaysia dan waran tangkap dikeluarkan kepada beliau dan bapanya, Tan Sri Larry Low, selepas kedua-duanya didakwa atas tuduhan pengubahan wang haram dengan ketidakhadiran.

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Polis Amar Singh berlakon filem Billion Dollar Whale babak serbu Pavilion

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share