Isu Najib Razak yang ditahan di lokap SPRM kemudian didakwa di mahkamah namun tidak dipakaikan baju oren sebagaimana tindakan terhadap Isa Samad dan Shafie Apdal. – Foto ilustrasi

oleh Shahbudin Husin

Dilaporkan bahawa SPRM menyatakan sebab utama mengapa bekas Perdana Menteri, Najib Razak tidak dipakaikan baju oren yang bertulis “Lokap SPRM” ialah kerana beliau kurang berisiko untuk melarikan diri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, tidak semua tertuduh mesti dipakaikan dengan baju oren dan SPRM akan melihat kepada aspek risiko sama ada seseorang itu mempunyai potensi untuk melarikan diri atau tidak.

“Kebiasaannya kalau orang itu mendatangkan kemudaratan, dia akan dipakaikan dengan baju oren.

“Ia bergantung kepada penilaian dari satu kes kepada satu kes yang lain,” kata beliau sebagai menjelaskan kekeliruan orang ramai mengapa Najib tidak dipakaikan baju oren ketika di mahkamah baru-baru ini.

Mungkin kita boleh menerima alasan dan hujah yang diberikan oleh SPRM itu kerana kita tentunya sedar bahawa tidak mungkin Najib mahu atau berpotensi untuk melarikan diri.

Najib bukanlah penjenayah yang ganas, meskipun skandal 1MDB yang dikaitkan dengannya adalah bertaraf mega, raksasa serta melibatkan jumlah wang beribu-ribu juta.

Okaylah, terima kasih kepada SPRM kerana sudi memberi penjelasan.

Tetapi, bagaimana dengan bekas Menteri Pembangunan Luar Bandar, Shafie Apdal yang pernah dipakaikan dengan baju oren sebelum ini?

Apakah beliau yang sekarang merupakan Ketua Menteri Sabah berpotensi untuk melarikan diri?

Bolehkah sesiapa percaya Shafie Apdal berpotensi melarikan diri, maka dengan sebab itu beliau dipakaikan dengan baju oren?

Begitu juga dengan bekas Pengerusi Felda, Isa Samad yang turut pernah mengalami dipakaikan baju oren oleh SPRM.

Apakah dalam pertimbangan SPRM bahawa Isa Samad seorang yang berpotensi untuk melarikan diri ketika itu?

Ada sesiapa mahu percaya Shafie Apdal dan Isa Samad berpotensi untuk melarikan diri?

Persoalan umum yang seolah-olah SPRM mengamalkan sikap pilih bulu dan berpilih-pilih dalam bertindak nampaknya memerlukan agensi tersebut tampil dengan penjelasan lain yang lebih meyakinkan lagi.

Alasan Najib tidak dipakaikan baju oren kerana kurang berisiko melarikan diri langsung tidak meyakinkan, bahkan ramai yang ketawa mendengar alasan itu.

KLIK BACA: Azeez Rahim – Ditangkap SPRM, saya bayar harga tinggi demi Umno

KLIK BACA: Rosmah lindungi Jho Low dapat akses di Putrajaya

KLIK BACA: Pemimpin Umno tak tahu malu nak bergabung dengan Anwar?

KLIK BACA: Derma RM2.6 bilion – Najib agak-agaklah kalau nak reka cerita dongeng

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share