PUTRAJAYA – Siasatan yang dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin Umno bukan sebagai tekanan untuk mereka menyertai Bersatu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, PDRM dan SPRM bebas menyiasat mana-mana individu.

“Secara kebetulan, mereka disyaki. Sekiranya mereka tidak terlibat jenayah, mereka tidak disiasat,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di sini hari ini.

Semalam Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Lokman Noor Adam mendakwa, Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed diugut untuk meninggalkan parti itu ataupun berdepan dengan pertuduhan.

Mustapa yang juga bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan itu disiasat kerana menerima dana RM2.6 bilion daripada Najib.

Pada sidang media itu Dr Mahathir turut menolak dakwaan wujud campur tangan dalam pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

KLIK BACA: Jangan benar Najib main Facebook, kata pendakwaraya kepada hakim

KLIK BACA: Rumah Tun Rahah diserbu, tolong jangan libatkan nenek, kata anak Najib

KLIK BACA: Korang Islam ke kafir, Sahara Yaacob marah kerajaan dera Najib pemimpin Islam

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rosmah didakwa 20 pertuduhan termasuk beli hormon anti-penuaan RM1 juta 

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share