Penyanyi Saleem Iklim patah 12 tulang rusuk manakala satu tulang rusuk tertusuk paru-paru akibat kemalangan jalan raya semalam.

Mengesahkan gambar yang semakin tular di media sosial itu isteri penyanyi Iklim Juariah Bachok berkata suaminya kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kajang.

“Memang betul Abang Saleem kemalangan semalam dan kini dirawat di Hospital Kajang. Dia parah sehingga patah 12 tulang rusuk dan satu tulang tertusuk paru-paru, namun keadaannya stabil,” katanya.

Katanya lagi kemalamgan membabitkan suaminya berlaku pada petang Khamis ketika Saleem keluar rumah untuk membeli barang di kedai di mana beliau dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.

“Saya dihubungi oleh pihak polis pada 3.45 petang bagi memberitahu perkara ini.

“Abang naik motosikal untuk ke kedai berdekatan kediaman kami di Bandar Mahkota Cheras bagi membeli barang.

“Kami sebenarnya baru pulang daripada Kuantan kerana urusan perbincangan mengadakan konsert di sana. Malah kami sempat juga menjayakan satu ‘show terpijak’ di sana sebelum pulang ke Kuala Lumpur,” katanya lagi. – SuaraTV

KLIK BACA: Jangan benar Najib main Facebook, kata pendakwaraya kepada hakim

KLIK BACA: Rumah Tun Rahah diserbu, tolong jangan libatkan nenek, kata anak Najib

KLIK BACA: Korang Islam ke kafir, Sahara Yaacob marah kerajaan dera Najib pemimpin Islam

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rosmah didakwa 20 pertuduhan termasuk beli hormon anti-penuaan RM1 juta 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share