Polis menyerbu kediaman ibu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Tun Rahah Mohammad Noah di Jalan Eaton, di sini petang semalam.

Sinar Harian melaporkan serbuan itu dilakukan jam 4 petang oleh 14 anggota, pada waktu yang sama Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Bagaimanapun tiada barangan sebarang dokumen diambil dari kediaman tersebut.

Polis turut memeriksa di sebalik siling rumah untuk melihat jika ada wang tunai yang disembunyikan,

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, tindakan itu kejam untuk menakutkan wanita itu.

Sebelum itu pada hari sama, Najib mengaku tidak bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah dan 21 pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM2.28 bilion.

Najib sebelum ini turut dihadapkan dengan tujuh pertuduhan pengubahan wang haram dan salah guna kuasa, berhubung RM42 juta yang ditemui dalam akaun peribadinya daripada bekas subsidiari 1MDB, SRC International.

Sarawak Report sebelum ini melaporkan Najib membayar RM17 juta kepada Yayasan Rahah Foundation yang diasaskan ibunya dengan wang yang didakwa daripada 1MDB.

Sementara itu, anak lelaki bekas Perdana Menteri Norashman Najib berang dengan tindakan polis menyerbu kediaman neneknya dalam siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Tolong jangan libatkan nenek saya dalam hal ini!!! Serbu rumahnya masa kami berada di mahkamah??,” katanya.

Kakak Ashman, Nooryana turut menyuarakan kekesalan terhadap tindakan tersebut sambil menyelar polis kerana membuat serbuan ‘tanpa hasil’ justeru itu tidak ada berita atau gambar serbuan tersebar.

“Kami hairan kenapa tidak ada gambar serbuan. Apa sebabnya? Sebab tidak ada apa-apa yang dijumpai.

“Adakah perlu untuk wanita berusia 87 tahun berhadapan dengan pengalaman seperti ini?

“Inikah Malaysia baharu yang sepatutnya masyarakat kita terima? Ini bukan sepatutnya dendam politik tapi politik keharmonian yang menyatukan kita,” tegasnya.

KLIK BACA: Jangan benar Najib main Facebook, kata pendakwaraya kepada hakim

KLIK BACA: Korang Islam ke kafir, Sahara Yaacob marah kerajaan dera Najib pemimpin Islam

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rosmah didakwa 20 pertuduhan termasuk beli hormon anti-penuaan RM1 juta 

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share