Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya masa depan Umno kini di tangan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak kerjasama dengan parti tersebut.

Nazri berkata Umno yang diterajui Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tidak mempunyai hala tuju selepas kekalahan PRU14.

Beliau mendakwa dengan bekerjasama dengan bakal perdana menteri Anwar mampu memberi Umno hala tuju semula.

“Tidak ada hala tuju (buat Umno), sebab itulah saya katakan… kita perlu bekerjasama dengan Anwar kerana ini akan memberi kita arah ke mana harus kita tuju.

“Bukannya saya tidak mahu bekerja dengan Mahathir tetapi dia menolak kita. Satu-satunya harapan adalah Anwar, itu sahaja,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

Anwar pernah menjadi timbalan presiden Umno sebelum pemecatannya pada tahun 1998.

Nazri sebelum ini telah menyatakan hasrat berkempen untuk Anwar pada pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson dengan alasan ia adalah tindakan terbaik untuk memastikan Umno kembali ke dalam kerajaan.

KLIK BACA: Korang Islam ke kafir, Sahara Yaacob marah kerajaan dera Najib pemimpin Islam

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rosmah didakwa 20 pertuduhan termasuk beli hormon anti-penuaan RM1 juta 

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share