Datuk Seri Najib Razak dibawa ke mahkamah untuk dihadapkan dengan 25 pertuduhan berhubung penyelewengan dana RM2.6 bilion milik 1MDB. — Foto The Star/Azman Ghani

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak selesai memberi keterangan selama empat jam berhubung siasatan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan dakwaan kemasukan wang lebih RM2 bilion ke akaun peribadi beliau.

Najib meninggalkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di Menara KPJ di sini pada 1.38 tengah hari sebelum dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Najib sebelum itu tiba di menara berkenaan pada 9.20 pagi.

Semalam, Najib ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 4.13 petang di ibu pejabat SPRM di Putrajaya berhubung dakwaan kemasukan wang lebih RM2 bilion ke akaun peribadinya.

Dalam pada itu, anggota parlimen Pekan tiba di kompleks mahkamah tersebut pada 1.48 tengah hari ini.

Barisan peguam Najib yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat tiba di perkarangan kompleks berkenaan kira-kira 10 minit kemudian.

Najib dijangka menghadapi beberapa tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB.

Beliau sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada bulan Julai dan Ogos lepas.

Pada 4 Julai, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Pada 8 Ogos beliau juga tidak mengaku salah atas pertuduhan menerima wang yang sama (RM42 juta) hasil daripada aktiviti haram ke dalam dua akaun miliknya.

Najib dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta dengan dua penjamin sementara menunggu sebutan semula kes dan kesemua tujuh pertuduhan untuk dibicarakan bersama kerana ia melibatkan saksi dan dokumen yang sama.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan pada 4 Oktober di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. — Bernama

KLIK BACA: Korang Islam ke kafir, Sahara Yaacob marah kerajaan dera Najib pemimpin Islam

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rosmah didakwa 20 pertuduhan termasuk beli hormon anti-penuaan RM1 juta 

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share