Kemasyhuran nama seseorang tokoh semasa menjadi satu faktor pemilihan nama seseorang anak oleh ibu bapa untuk didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Oleh sebab itu tidak hairanlah jika nama seperti “Tun” dan “Mahathir” ialah antara nama popular yang direkodkan oleh JPN iaitu seramai 4,726 orang untuk nama Tun manakala Mahathir seramai 420 orang.

Bagaimanapun, menurut JPN penggunaan nama Tun ketika ini hanya dibenarkan kepada mereka yang ada keturunan Tun sahaja dan berbeza dengan keadaan sebelumnya yang boleh digunakan tanpa mengira keturunan.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JPN Jasri Kasim berkata berdasarkan rekod jabatan itu, orang yang bernama “Malaysia” juga mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu seramai 129 orang manakala nama “Merdeka” 102 orang.

Menurutnya pemilihan nama oleh ibu bapa banyak dipengaruhi keadaan dan faktor semasa seperti politik, sukan, hiburan mahupun peristiwa penting yang berlaku semasa bayi tersebut dilahirkan.

JPN bertanggungjawab bagi mendaftarkan setiap kelahiran bayi yang berlaku di Malaysia sepertimana yang termaktub di dalam Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) bagi Semenanjung Malaysia, Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.10) bagi negeri Sarawak dan Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1951 (Cap.123) bagi negeri Sabah. — Bernama

KLIK BACA: Saya tak mencuri simpan berbilion Ringgit untuk kegunaan peribadi – Najib

KLIK BACA: Rosmah bakal didakwa 20 pertuduhan termasuk beli hormon anti-penuaan RM1 juta 

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share