Tun Daim Zainuddin ketika ditemubual moderator Tan Sri Johan Jaafar dan Mustapha Kamil Mohd Janor dalam rancangan ‘Soal Rakyat di TV3.

Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (MPK) Tun Daim Zainuddin mendedahkan Low Taek Jho atau Jho Low yang diburu polis juga Interpol menghubunginya bagi membincangkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Ketika sidang media pertama apabila saya jadi Pengerusi MPK, saya kata, kalau Jho Low betul-betul tidak bersalah, baliklah ke Malaysia). Malam itu dia Jho Low telefon.

“Bila Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad nak hantar saya ke China, Jho Low membuat provokasi. Dia mahu bercakap dengan saya, tapi saya tidak mahu.

“Bila Jho Low telefon, saya suruh wakil saya cakap. Dia kata, dia boleh tolong,” katanya dalam temu bual eksklusif Soal Rakyat yang disiarkan di TV3, malam tadi.

Daim berkata, Jho Low adalah dalang di sebalik skandal 1MDB dan beliau bertanggungjawab menghubungkan syarikat pelaburan strategik negara itu dengan beberapa negara seperti Abu Dhabi, Arab Saudi, Amerika Syarikat (AS), Australia, Hong Kong, Singapura dan Switzerland.

“Hubungan ini satu dunia tahu, cuma di Malaysia saja tak tahu. Dalam Parlimen tidak boleh cakap. Tiada keikhlasan dan ketelusan – akhirnya orang tahu juga, jadi apa guna nak tipu,” katanya.

“Jho Low katanya tak terbabit, tapi itu cerita dia. Kita ada keterangan, kita ada bukti. Sekarang, selepas Pakatan Harapan (PH) ambil alih, mereka yang terbabit sanggup jadi saksi dan cerita apa yang berlaku.

“Sebelum ini, bekas Peguam Negara tak mahu (ambil kenyataan dan bantuan pihak luar negara). Switzerland datang, dia tak mahu. Sekarang baru nak mula balik, jadi perlu sedikit masa,” katanya.

Daim Zainuddin yang juga bekas menteri kewangan berkata, semua individu yang terbabit dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan dapat melarikan diri daripada proses pendakwaan.

“Untuk kita kerajaan ‘money trail’ (jejak wang) 1MDB sudah cukup. Kita tahu siapa dapat dan sebagainya. Itu mereka tak boleh lari,” katanya.

Daim berkata, tindakan pendakwaan mengambil sedikit masa kerana siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum selesai dan terpaksa dilakukan semula selepas penemuan beberapa fail sulit berkaitan 1MDB yang disembunyikan.

WAWANCARA PENUH: Sikap bongkak biadab pemimpin UMNO punca BN kalah kepada PH – Daim Zainuddin

KLIK BACA: Rekod pemimpin PAS bebas rasuah pecah, Hadi nak kata apa?

DIKEMASKINI: Hubungan Anwar Mahathir pepat diluar runcing di dalam – ZAM

KLIK BACA: SPRM siasat Hishammuddin mungkin terima wang kes ketua perisik

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share