Sebelum ini PAS gembira bila hanya pemimpin parti lain disiasat SPRM atas tuduhan rasuah. – Foto NSTP

SHAH ALAM: Rekod pemimpin Pas yang bersih daripada sebarang siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akhirnya lebur selepas bekas Adunnya direman dua hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa membabitkan RM50,000.

Wanita berusia 56 tahun itu di Pejabat SPRM Selangor ketika hadir untuk memberi keterangan.

Suspek dipercayai tersebut melantik sebuah syarikat anaknya sebagai pembekal bagi Program Masyarakat Pusat Khidmat Dun.

Sebelum ini Sinar Online melaporkan pada 23 Mac lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendedahkan pemimpin Pas bebas rasuah kerana baiah taat setia kepada Islam.

Hadi berkata demikian selepas, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Paul Low mengisytiharkan di Parlimen bahawa 92 pemimpin parti politik disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013-2017.

Rekod menunjukkan bahawa 71 orang darinya adalah dari BN manakala selebihnya 21 orang dari parti komponen Harapan dan ia secara tidak langsung mengiktirafkan pemimpin Pas sebagai bebas rasuah.

Komentar Ana Ghoib: Bukan kita suka mereka ditimpa bencana atau aib tetapi tolonglah semak sekali punca banjir besar di Kelantan yang berkaitan BALAK seperti didedahkan oleh Husam Musa dalam video di bawah.

Bayangkan jika PH menang di Putrajaya pelbagai skandal pelik terdedah dari pejabat rasmi kerajaan – apa jadi pula jika Kelantan jatuh ke tangan PH.

Bagusnya PAS ialah perisai BAIAH sumpah simpan rahsia atau sumpah cerai isteri itu mungkin memainkan peranan tiada siapa yang berani menyatakan yang sebenar seperti didakwa, contohnya dalam kes YAPEIM atau Felda. [Menurut MO1 siapa cakap pecat dari parti!]

Nota Ana Ghoib: Islam sentiasa selamat tertinggi terpelihara tapi yang tak selamat ahli politik agama yang berebut mahukan kuasa jawatan menggunakan helah tipudaya. – Susunan Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB

KLIK BACA: Sikap bongkak biadab pemimpin UMNO punca BN kalah kepada PH – Daim Zainuddin

KLIK BACA: Jho Low telefon Daim tak layan, kerajaan tahu money trail 1MDB

KLIK BACA: SPRM siasat Hishammuddin mungkin terima wang kes ketua perisik

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share