Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes rasuah membabitkan bekas ketua pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO) Datuk Hasanah Abdul Hamid.

Hishammuddin dilapor The Malaysian Insight berbuat demikian secara sukarela selepas namanya dibangkitkan oleh peguam Hasanah di mahkamah Sabtu lalu.

Sumber SPRM yang mengesahkan perkara itu dan berkata soal siasat berjalan selama tiga jam di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, semalam.

SPRM juga dikatakan sedang mengesahkan sama ada Hishammuddin turut menerima sebahagian daripada wang dana PRU14 yang didakwa diselewengkan.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Putrajaya hanya memberikan lanjutan reman sehari kepada Hasanah, berbanding tujuh hari yang diminta SPRM.

Bercakap dengan pemberita selepas prosiding itu, peguam Shaharuddin Ali berkata antara sebab permohonan SPRM itu adalah kerana suruhanjaya itu mahu mengambil keterangan Hishammuddin dan dua kerabat diraja Arab Saudi, selain memanggil pulang tiga pegawai MEIO di Abu Dhabi.

Shaharuddin berkata ketika prosiding Hasanah telah menafikan penglibatan Hishammuddin dan dua kerabat diraja itu dalam kes tersebut.

Hasanah ditahan pada 28 Ogos lalu berhubung dakwaan penyelewengan dana sehingga AS$12 juta yang dipercayai untuk PRU ke-14. Selain itu tujuh lagi bekas kakitangan MEIO turut disoal siasat berhubung kes itu.

KLIK BACA: Guan Eng bebas, SPRM baru sekarang pulak terkejut?

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Himpunan Pasir Salak – Melayu dah bangkit PRU14, Umno nak suruh bangkit apa lagi?

KLIK BACA:Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share