Berita terkini ulasan kes Lim Guan Eng bebas tuduhan rasuah berkaitan pembelian lot tanah dan sebuah rumah banglo. – Foto The Reporter

oleh Shahbudin Husin

Semalam, ramai yang terkejut dengan keputusan mengejut mahkamah membebaskan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng daripada tuduhan rasuah berkaitan pembelian lot tanah dan sebuah rumah banglo yang sedang dihadapinya.

Keputusan itu berikutan permohonan pihak pendakwa untuk menggugurkan kes tersebut susulan representasi yang dibuat oleh pihak pembelaan kepada Pejabat Peguam Negara.

Penggugugan kes itu tidak saja membuatkan ramai yang terkejut, malah SPRM sendiri melalui kenyataan medianya mengatakan mereka amat terkejut dengan keputusan itu.

Sama ada SPRM betul-betul terkejut atau buat-buat terkejut hanya Tuhan saja yang tahu kerana ketika Pejabat Peguam Negara sebelum ini menggugurkan kes terhadap suami Shahrizat Jalil dalam skandal NFC, tidak pula kedengaran agensi pencegah rasuah itu terkejut dengannya.

Begitu juga dalam skandal 1MDB serta adanya penemuan wang beribu juta ringgit dalam akaun peribadi Najib Razak dan walaupun kedua-dua kes berkenaan tidak diambil apa-apa tindakan oleh Peguam Negara edisi lama, langsung tidak pernah terdengar SPRM ada mengeluarkan kenyataan terkejut ketika itu.

Ehh…ehh…sekarang pulak terkejut ya?

Terkejutnya orang ramai dan SPRM dengan perkara itu bukan saja membuatkan rata-rata rakyat terkejut sekali lagi, bahkan Tun Mahathir Mohamad juga dilaporkan terkejut sama.

“Mereka berhak terkejut, saya pun terkejut,” kata Tun Mahathir.

Dalam kehidupan sehari-hari dan dalam perkara tertentu yang lain, membuat kejutan secara mengejut sehingga membuat orang terkejut adalah lumrah yang biasa, menyeronokkan dan kadangkala suatu keperluan untuk mewujudkan rangsangan.

Dengan kejutan dan terkejut itu serta kemudian banyak elemen jadi terangsang, kehidupan seterusnya pasti akan bertambah ceria serta gembira.

Tetapi, dalam kes Guan Eng ini, kejutan secara mengejut yang berlaku, meskipun membuatkan ramai yang terkejut, impak negatifnya adalah melebihi kesan yang positif.

Ramai yang mengatakan, berikutan beberapa kes sebelum ini juga digugurkan oleh Pejabat Peguam Negara, seharusnya pengguguran tidak dilakukan dalam kes melibatkan Guan Eng kerana beliau adalah pemimpin kanan kerajaan di samping untuk menjaga kepentingan umum.

Apa yang seharusnya dilakukan, sesuai dengan keyakinan pasukan pembela dan Guan Eng sendiri bahawa beliau tidak bersalah dan pertuduhan kepadanya kononnya adalah konspirasi jahat kerajaan BN terdahulu, semua itu sebaik-baiknya dibuktikan di mahkamah dengan membenarkan perbicaraan terus dijalankan.

Apabila perbicaraan dijalankan dan akhirnya beliau mampu membuktikan ketidakbersalahan dirinya, ia adalah lebih baik bukan saja kepada dirinya selaku seorang pemimpin, tetapi juga kepada kerajaan secara keseluruhan, Pejabat Peguam Negara serta keyakinan orangramai terhadap institusi mahkamah.

Sebab itu, kejutan yang berlaku semalam sebenarnya adalah sesuatu tidak berapa baik kepada masa depan kerajaan Pakatan Harapan yang usianya baru saja melepasi tempoh 100 hari mentadbir negara.

Ia menimbulkan persoalan seolah-olah pengguguran kes itu ada kaitan dengan pertukaran kerajaan dan kedudukan Guan Eng yang kini memegang jawatan Menteri Kewangan.

Jangan dibiarkan atau diulangi lagi kejutan secara mengejut seperti semalam yang membuatkan ramai orang terkejut dengannya kerana takut-takut kerajaan sendiri akhirnya terkejut dengan kesan penolakan rakyat yang berpunca daripadanya.

TERKINI: Najib bakal jadi PM semula ulang sejarah Tun Mahathir

KLIK BACA: Himpunan Pasir Salak – Melayu dah bangkit PRU14, Umno nak suruh bangkit apa lagi?

KLIK BACA:Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU

KLIK BACA: Jamaluddin Jarjis harta RM2.1 bilion, bagaimana menteri Umno lain?

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share