Lokman Adam dan tuannya Najib Razak. – Foto The Malaysian Insight

Pemimpin Umno Lokman Adam menggelar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai ‘mamak bendahara’ dan ‘si tua puaka’.

Malaysiakini melaporkan Lokman berkata demikian di Himpunan Kebangkitan Melayu di Pekan Kampung Gajah di Pasir Salak, Perak malam tadi yang dianjurkan oleh Anggota Parlimen Pasir Salak Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Dalam ucapannya Lokman mempersoalkan pelantikan bukan Muslim sebagai peguam negara yang menurutnya akan berkuasa untuk menyaman sultan dan raja.

“Peguam negara ada kuasa untuk dakwa, saman yang di-pertua negeri, sultan dan ada kuasa untuk dakwa Yang di-Pertuan Agong dalam mahkamah khas yang diwujudkan mamak bendahara, si tua puaka yang bernama Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Takkan kita nak diam? Kita harus bangkit. Betul?” katanya kepada ribuan hadirin sebelum melaungkan slogan “Hidup Melayu!” dan “hancur DAP”.

“Pernah kita (BN) angkat seorang yang simpati kepada komunis? Pernah kita ambil orang rapat dgn ketua komunis Chin Peng? tak pernah. Pernah kita, selepas zaman British ambil bukan islam jadi peguam negara?” kata bekas calon BN PRK Sungai Kandis itu dipetik Malaysiakini.

Untuk rekod, kerajaan Perikatan, iaitu gabungan asal BN, pernah melantik bukan muslim sebagai peguam negara dari 1959 ke 1963 bernama Cecil Majella Sheridan.

KLIK BACA:Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU

KLIK BACA: Sulaiman Abdullah dilantik pendakwa jenayah Najib Razak

KLIK BACA: Jamaluddin Jarjis harta RM2.1 bilion, bagaimana menteri Umno lain?

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Perang Mahathir-China, Forest City dan Sultan Johor

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share