Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa hadir pada sambutan Hari Kebangsaan ke-61 2018 di Dataran Putrajaya. – Foto Sinar Harian

oleh Shahbudin Husin

Setelah disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden PKR, Anwar Ibrahim kini melangkah setapak lagi untuk menuju cita-citanya menjadi Perdana Menteri.

Beliau dijangka akan kembali menjadi Ahli Parlimen pada Oktober ini.

“Saya sudah jelaskan perkara ini secara peribadi dan umum yang saya akan kembali ke Parlimen, insya Allah jika menang pilihanraya kecil sebelum hujung tahun ini…mungkin Oktober,” kata Anwar dalam temubual dengan sebuah portal berita.

Meskipun beberapa Ahli Parlimen PKR dilaporkan sedia menawarkan kerusi mereka untuk Anwar, tetapi beliau sehingga ini belum lagi membuat keputusan kawasan mana yang akan dipilihnya.

Cuma yang pasti, beliau tidak akan bertanding di Pandan atau Permatang Pauh kerana kedua-dua penyandang kerusi itu, Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Nurul Izzah telah membuat kenyataan mereka tidak akan mengosongkan kerusi masing-masing demi untuk memberi laluan kepada Anwar.

Di mana pun Anwar bakal bertanding, kecuali jika ada Ahli Parlimen yang meninggal dunia, yang pasti satu pilihanraya kecil akan berlangsung pada Oktober nanti.

Sementara itu, bukan menjadi rahsia lagi kerana sudah menjadi perbualan ramai dalam PKR bahawa selepas menjadi Ahli Parlimen, Anwar dikatakan akan segera menyertai kerajaan seawal Jun 2019.

Ia dilakukan dengan Dr. Wan Azizah diberitakan sudah sedia untuk mengundur diri bagi memberi laluan kepada Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri yang didudukinya sekarang.

Ini bermakna Dr. Wan Azizah hanya memegang jawatan nombor dua dalam kerajaan selama setahun saja sejak mengangkat sumpah pada Mei lalu.

Dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri semula, secara tidak langsung Anwar akan bergandingan buat kali kedua dengan Tun Mahathir Mohamad dalam mentadbir negara seperti ketika mereka bersama-sama dalam UMNO dahulu sebelum hubungan itu berakhir pada 2 September 1998.

Kembalinya Anwar dalam kabinet juga dijangka akan mengukuhkan lagi kedudukan kerajaan pimpinan Tun Mahathir kerana majoriti anggota kabinet yang ada sekarang adalah muka-muka baru yang tidak pernah ada pengalaman dalam pentadbiran kerajaan.

Selepas menjadi Timbalan Perdana Menteri, berapa lamakah tempoh seterusnya yang Anwar perlukan untuk jadi Perdana Menteri?

Apakah setahun selepas memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, beliau akan diserahkan jawatan Perdana Menteri dan menepati apa yang selalu disebut oleh Tun Mahathir bahawa beliau hanya mahu memegang jawatannya sekarang selama dua tahun saja?

Atau mungkinkah Anwar akan jadi Perdana Menteri lebih awal lagi daripada itu?

Bila? Januari 2020?

KLIK BACA:Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU

KLIK BACA: Sulaiman Abdullah dilantik pendakwa perbicaraan jenayah Najib Razak

KLIK BACA: Jamaluddin Jarjis harta RM2.1 bilion, bagaimana menteri Umno lain?

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Perang Mahathir-China, Forest City dan Sultan Johor

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share