Kekayaan Allahyarham Jamaluddin Jarjis terdedah berikutan tuntutan ibunya menjadikan beliau pemimpin UMNO kedua selepas Najib Razak yang diketahui umum mempunyai nilai kekayaan dalam jumlah bilion. – Foto OhBulan

oleh Shahbudin Husin

Meskipun kita barangkali harus terus mengingati tragedi malang helikopter terhempas yang mengakibatkan kematian Allahyarham Jamaluddin Jarjis bersama lima yang lain pada 2015 lalu, tetapi dengan adanya saman tuntutan faraid oleh ibunya sendiri, Aminah Abdulllah terhadap harta peninggalannya yang dikatakan berjumlah RM2.1 bilion, ramai di antara kita tentunya turut terkejut dengan jumlah kekayaan bekas menteri itu.

Jika dulu ramai yang terkejut dan bersedih dengan kemalangan ngeri itu, kini jumlah kekayaannya pula yang membuatkan ramai terkejut sekali lagi.

Kekayaan Allahyarham Jamaluddin Jarjis yang terdedah berikutan saman oleh ibunya sendiri menjadikan beliau pemimpin UMNO kedua selepas Najib Razak yang diketahui umum mempunyai nilai kekayaan dalam jumlah bilion banyaknya.

Sebagaimana yang diketahui umum, Najib pernah mengakui menerima derma berjumlah RM2.6 bilion kononnya daripada kerabat Diraja Arab Saudi, tetapi penyiasat antarabangsa mendedahkan wang tersebut sebenarnya daripada dana 1MDB yang dilencongkan.

Soalan umum yang paling banyak tercetus hari ini tentunya ialah daripada mana dan bagaimana beliau mengumpul kekayaan sebanyak itu?

Adakah ketika menjadi menteri dahulu beliau pernah membuat perisytiharan harta yang sama banyaknya?

Bagaimana dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri dan SPRM, adakah kedua-dua agensi itu tahu mengenai jumlah harta dan kekayaan Allahyarham Jamaluddin Jarjis sebelum ini?

Soalan lain yang sama pentingnya juga ialah jika Allahyarham Jamaluddin Jarjis ada kekayaan sebanyak itu, bagaimana pula dengan taraf kekayaan bekas-bekas menteri UMNO yang lain yang sejak 9 Mei lalu sudah kehilangan jawatan mereka?

Tidak mahukah Jabatan Hasil Dalam Negeri dan SPRM segera membuka banyak fail mulai sekarang?

*Shahbudin Husin adalah penulis buku kritik politik terkenal. Tulisan pertama kali disiarkan di blog beliau tidak semestinya mewakili pendirian MalaysianReview.

KLIK BACA:Skandal AS$12 juta agen perisik, Najib dan rakyat patut berterima kasih BN kalah PRU

KLIK BACA: Sulaiman Abdullah dilantik pendakwa perbicaraan jenayah Najib Razak

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK BACA: Perang Mahathir-China, Forest City dan Sultan Johor

KLIK BACA: Rahim: Jho Low ranapkan kerjaya Perdana Menteri, punca tamatnya kuasa politik Umno

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share