Rahim Tamby Chik kesal Jho Low disyaki dalang skandal 1MDB tidak di bawa kemuka pengadilan sejak tahun 2016. – Foto Free Malaysia Today

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Tamby Chik, menganggap Jho Low atau Low Taek Jho sebagai seorang perancang terkotor global ‘filthy global conspirator’ atas jasa-jasanya yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah tamadun dunia.

Veteran Umno Rahim Tamby Chik menyalahkan Jho Low yang diburu PDRM dan Interpol itu sebagai punca kejatuhan kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Jho Low telah meranapkan kerjaya seorang Perdana Menteri yang amat popular dan menamatkan kuasa politik BN dan UMNO yang pernah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun.

“Dia turut memusnahkan reputasi Malaysia dengan gelaran ‘negara super rasuah’ di kacamata masyarakat antarabangsa,” tulisnya di laman Facebook peribadi beliau.

Rahim yang juga Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) berkata, beliau pernah menggesa kerajaan mengheret Jho Low ke muka pengadilan berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Sejak Ogos 2016 lagi saya telah meminta Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Abdul Gani Patail, bertindak segera mengheret Jho Low ke muka pengadilan

“Mungkin jika tindakan diambil ketika itu, banyak masalah 1MDB boleh diselesaikan secara unjuk-anjak (bertolak ansur),” katanya.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) menggelar skandal 1MDB sebagai kleptokrasi terbesar di dunia dan badan perundangan negara lain seperti Switzerland dan Singapura sudah mengambil tindakan terhadap bank dan individu berkaitan.

Jho Low yang didakwa kenalan keluarga Najib Razak itu tegas menafikan segala dakwaan adalah konspirasi politikdipercayai bersembunyi di China manakala semasa lawatan Dr Mahathir ke Beijing ketika ditanya wartawan apakah akan dilakukannya jika pelarian itu duduk di sebelahnya, Perdana Menteri spontan menjawab; ‘saya sendiri akan gari tangan dia [Jho Low]’.

Semalam juga mahkamah mengenakan lapan pertuduhan jenayah penggubahan wang haram terhadap Jho Low dan satu tuduhan jenayah memindahkan wang terhadap bapanya Tan Sri Low Hock Peng atau Larry Low. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Jamaluddin Jarjis harta RM2.1 bilion, bagaimana menteri Umno lain?

KLIK BACA: Kenapa Najib atau kerajaan BN buat ‘perjanjian bodoh’ dengan China dan Singapura? – Datuk Kadir Jasin

KLIK BACA: SPRM tahan Datuk Hasanah bekas ketua perisik Malaysia disyaki guna dana PRU14 untuk tujuan peribadi

KLIK BACA: Mahathir masuk PAS – Hadi oh Hadi, masalahnya Najib masih bersama Umno!

KLIK VIDEO: Tun Mahathir hentam Najib-Rosmah-Jho Low, ‘duit rakyat perasan duit dia’…

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

KLIK BACA: Rakyat gembira Najib bukan PM, Umno-Pas tak payah kecoh manifesto PH

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share