Bekas MB Johor Datuk Khaled Nordin menggesa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkongsi maklumat tentang Jho Low atau Low Taek Jho yang melarikan diri daripada pihak berkuasa Malaysia.

Naib Presiden Umno Datuk Mohamed Khaled itu berkata sebarang perkongsian maklumat akan membantu pihak berkuasa menyelesaikan kes berkaitan 1MDB serta membersihkan nama Najib dan keluarga.

Khaled berkata, isu berkaitan 1MDB harus ditamatkan segera supaya kerajaan boleh fokus kepada isu lain yang lebih penting, bukan hanya skandal yang tidak kunjung tamat.

“Sekiranya mereka mengetahui dan mempunyai maklumat tentang Jho Low, sudah pastilah menjadi tanggungjawab mereka untuk berkongsi dengan pihak berkuasa tempatan,”

“Kita mahukan Jho Low, dan semua yang terlibat dalam skandal ini, dibawa ke muka pengadilan dan melalui proses yang sewajarnya secara telus dan teratur. Kerana inilah cara terbaik berhadapan dengan semua yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan.

Jho Low yang dikehendaki pihak berkuasa Malaysia dan beberapa negara berkaitan skandal 1MDB bagaimanapun berikrar tidak akan menyerah diri kepada mana-mana pihak berkuasa atas kesalahan yang kononnya telah ditentukan lebih awal.

Najib telah pun didakwa di mahkamah atas tujuh pertuduhan pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa membabitkan bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

oleh Shahbudin Husin

Setelah sebelum ini Najib Razak ditekan agar menjarakkan diri daripada UMNO dan kemudian dianggap beban kepada parti itu dalam usahanya mengembalikan semula sokongan rakyat, Najib kini berdepan desakan Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin yang mahu Najib memberitahu di mana Jho Low menyelesaikan dan mencari kebenaran skandal 1MDB.

Jho Low yang dicari pihak berkuasa dipercayai sedang bersembunyi di China dan penyiasatan keatasnya adalah amat penting untuk merungkai kebenaran skandal mega itu.

Ikut logiknya, besar kebarangkalian Najib dan keluarganya tahu di mana Jho Low berada atau tidak mustahil beliau dan ahli keluarganya ada sekali-sekali berkomunikasi dengan jutawan playboy itu.

Ini kerana, sebagaimana yang diketahui umum, bukan saja Najib yang ada hubungan rapat dengan Jho Low, tetapi juga anak tirinya, Riza Aziz serta Rosmah Mansor.

Rasanya mustahil hubungan mereka terputus terus dengan Jho Low.

Cuma, sediakah Najib berkongsi maklumat atau memberitahu pihak berkuasa di mana Jho Low berada jika beliau mengetahuinya?

Ataukah Najib akan memberi jawapan seperti biasa – saya tak tahu!

Nota Ana Ghoib: Jika menurut kenyataan media Jho Low melalui peguam Mat Salehnya sering beliau menyebut mengenai krisis kehakiman di zaman Dr Mahathir sebagai hujah politik kononnya PM itu mendahului undang-undang.

Tapi Jho Low tidak menyebutkan mengenai krisis pemecatan Peguam Negara Gani Patail dan keengganan Peguam Negara Apandi Ali yang dilantik Najib untuk bekerjasama dengan Switzerland menyiasat 1MDB.

Untuk rekod, bekas menteri kewangan II Johari Abdul Ghani mengakui berbilion wang pencen [KWAP] sangkut di Switzerland. [Baca SINI]

Itu menunjukkan petanda penggubahan wang haram yang untuk mengelak dikesan dipindahkan kesana kemari atau tidak berani menyimpan di bank maka dibelilah kapal layar RM1 bilion.

Kalau aku jadi Presiden PERTABI [Persatuan Takut Bini] pun, rela berkorban – mati hidup balik – kerat jari – aku tak mahu cakap sebab bini aku dapat banyak faedah hadiah ratusan juta.  – Berita Mimpi – Ana Ghoib

KLIK BACA: 8 tuduhan jenayah, Jho Low dan bapa Tan Sri Larry Low Hock Peng dikenakan waran tangkap

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

KLIK BACA: Khairy keluar Umno masuk PKR atau DAP kerana sokong siasat Najib

KLIK BACA: Rakyat gembira Najib bukan PM, Umno-Pas tak payah kecoh manifesto PH

DIKEMASKINI: Anwar mesti sabar untuk jadi PM ganti Tun Mahathir, Rafizi jangan jual NAMA

KLIK BACA: Nazri hilang jawatan terus ‘korner baring’ sokong PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Lojikkah simpan barang kemas berjuta ringgit di rumah anak Rosmah? 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share