Pengkritik membidas Umno-PAS sibuk manifesto Pakatan Harapan berbanding menyukai Najib Razak bukan lagi Perdana Menteri Malaysia. – Foto Free Malaysia Today

oleh Shahbudin Husin

Hari ini genap 100 hari Pakatan Harapan memerintah negara sejak menang pada pilihanraya umum 9 Mei lalu. Ini juga bermakna sudah 100 hari UMNO dan BN hidup tanpa kuasa sejak negara merdeka.

Dalam tempoh 100 hari ini yang paling banyak dijadikan isu ialah berkenaan janji 10 perkara sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan yang dijanji akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari mengambil alih kerajaan.

Realitinya janji manifesto Pakatan Harapan terbahagi kepada dua – satu dalam tempoh 100 hari dan satu lagi dalam tempoh lima tahun perlaksanaannya.

Berkenaan 10 janji 100 hari itu, dua daripada sudah pun dilaksanakan, lima lagi sebahagiannya telah dilaksanakan dan tiga selebihnya dalam perlaksanaan.

Janji yang sudah dilaksanakan ialah menghapuskan cukai GST dan menjalankan kajian terhadap projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Janji yang sebahagiannya telah dilaksanakan ialah menstabilkan harga petrol serta memperkenalkan subsidi bersasar, caruman KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, penangguhan bayaran balik PTPTN dan menubuhkan jawatankuasa untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963.

Janji dalam perlaksanaan pula ialah menghapuskan hutang peneroka Felda, menubuhkan RCI untuk menyiasat 1MDB, Felda, MARA serta Tabung Haji dan memperkenalkan Skim Peduli Sihat dan pemberian RM500 bagi pembiayaan rawatan di klinik untuk golongan berpendapatan B40.

Secara umumnya, mengambil kita bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan baru yang mengambil alih kerajaan daripada BN yang telah menguasai negara sejak 61 tahun lalu, pencapaian janji manifesto setakat ini boleh dikira tetap membanggakan.

Lebih-lebih lagi ia dilaksanakan dalam keadaan negara tidak cukup wang akibat pemborosan, suka bermewah dan deretan skandal yang dikaitkan dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor sebelum ini sehingga hutang negara cukup tinggi sebagai tinggalannya.

KLIK BACA: Pegawai ATM jadi pengawal, penjelasan Hishammuddin seperti membodohkan orang ramai

KLIK BACA: 8 tuduhan jenayah, Jho Low dan bapa Tan Sri Larry Low Hock Peng dikenakan waran tangkap

Ketika diperintah Najib, UMNO dan BN, negara kita tidak ubah seperti sebuah rumah yang hanya cantik di luar, tetapi banyak bahagian di dalamnya sudah rosak dan reput.

Semua kerosakan dan kereputan itu hanya diketahui apabila Pakatan Harapan berjaya memasuki rumah tersebut. Sebelum ini semuanya macam baik-baik saja.

Lantaran itu, meskipun ada janji yang harus ditunaikan, membaiki kerosakan dan bahagian yang reput itu mesti juga dilaksanakan. Dalam keadaan dua perkara serentak harus dilakukan, maka sudah tentu ada kelewatan yang tidak dapat dielakkan.

Dari segi rakyat, majoritinya faham keadaan ini. Sebab itu mereka tidak begitu bising dengan janji manifesto tersebut. Tambahan lagi dengan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, rakyat percaya beliau adalah pemimpin yang berpegang kepada janji dan akan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Pakatan Harapan juga sedar janji manifesto adalah komitmen mereka kepada rakyat. Jika gagal ditunaikan, ia akan memberi kesan kepada mereka dalam pilihanraya yang berikutnya.

Maka, yang menjadi hambatan hanyalah kelewatan dan perlukan sedikit masa saja dan bukannya untuk memungkiri sama sekali janji-janji manifesto itu.

Namun demikian, yang paling penting dan mampu memberi kegembiraan sepanjang hayat kepada rakyat ialah kejayaan Pakatan Harapan mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib daripada puncak kuasa di Putrajaya.

Ini adalah kegembiraan yang tiada tolok bandingnya bagi rakyat sekarang ini. Berapa markah yang Pakatan Harapan patut dapat segi menunaikan janji tidak begitu penting lagi sebenarnya.

Bayangkan betapa derita dan sakit hatinya hidup rakyat dalam tempoh 100 hari ini jika Najib dan Rosmah masih lagi berkuasa?

Sebab itu, yang terlebih bising dan sibuk-sibuk berkaitan janji ini hanyalah UMNO, BN dan juga Pas. Rakyat boleh dikira relaks dan tenang-tenang saja. UMNO dan BN berkelakuan demikian kerana mereka masih tidak boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mereka selalu percaya UMNO dan BN adalah keramat dan kononnya sentiasa dalam peliharaan Allah, walaupun ketika itu mereka sedang menyamun dan melanun wang rakyat untuk kekayaan peribadi dan keluarga.

Pas juga turut bising dengan janji manifesto kerana parti itu sakit hati dengan kejayaan Pakatan Harapan memenangi pilihanraya dan sekaligus menggagalkan hasrat untuk menjadi “king maker” dengan tujuan menjual diri pada harga yang tertentu.

Makna kata, baik UMNO dan BN atau Pas, pertikaian mereka mengenai janji manifesto Pakatan Harapan tidaklah dengan niat ikhlas atau untuk kepentingan rakyat, tetapi hanyalah kerana nafsu dan dendam yang masih belum terpadam.tun d

Memang janji mesti dipenuhi, tetapi ia juga harus mengambil kira keadaan negara dan kedudukan ekonomi. Secara perlahan-lahan, semua janji itu pasti akan ditunaikan akhirnya sebagaimana berjayanya Pakatan Harapan menunaikannya di Selangor dan Pulau Pinang sejak mengambil alih negeri tersebut pada 2008 yang lalu.

KLIK BACA: Pegawai ATM jadi pengawal, penjelasan Hishammuddin seperti membodohkan orang ramai

KLIK BACA: 8 tuduhan jenayah, Jho Low dan bapa Tan Sri Larry Low Hock Peng dikenakan waran tangkap

KLIK BACA: Najib presiden Umno yang paling malang…

KLIK BACA: Khairy digesa keluar Umno masuk PKR atau DAP kerana sokong siasat Najib

DIKEMASKINI: Anwar mesti sabar untuk jadi PM ganti Tun Mahathir, Rafizi jangan jual NAMA

KLIK BACA: Najib aktor politik terbaik di dunia 

KLIK BACA: Nazri hilang jawatan terus ‘korner baring’ sokong PM Dr Mahathir

KLIK BACA: Lojikkah simpan barang kemas berjuta ringgit di rumah anak Rosmah? 

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share