Khairy Jamaluddin menggesa Jho Low pulang ke Malaysia jika benar beliau tidak bersalah skandal 1MDB membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak. – Foto Getty Images

Bekas ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menggesa ahli perniagaan Jho Low atau Low Taek Jho pulang ke Malaysia untuk berdepan pihak berkuasa.

Jika Jho Low tidak bersalah, beliau patut pulang ke Malaysia dan membuktikannya.

Jika tidak, katanya, Umno tidak dapat melupakan isu 1MDB dan bergerak membina semula parti itu.

“Jika anda tidak bersalah, henti bersembunyi.

“Selagi anda melarikan diri dan kes mahkamah berkaitan (SRC International) tidak akan selesai, parti saya tidak boleh mara melangkaui isu 1MDB dan membina semula,” tulisnya di Twitter hari ini.

Sebelum itu, Jho Low mengecam Tun Dr Mahathir Mohamad kerana penyitaan Equanimity, sehari selepas perdana menteri melawat kapal layar mewah itu dan menyuarakan hasrat kerajaan mahu menjualnya secepat mungkin akibat kos penyelenggaraan sebanyak RM2 juta sebulan dan kemungkinan kapal mewah itu jatuh harga.

Nota Ana Ghoib: Sepatutnya MO1 yang merayu Jho Low pulang ke Malaysia. Ini kerana dalam wawancaranya bersama Malaysiakini selepas kalah PRU14 – MO1 meluahkan perasaan seakan terpedaya terkesima dengan Jho Low yang kaya mempunyai listed company.

Tetapi Cina tembam ini bijak kerana berjaya mengikat isteri MO1 dan anaknya. Itu yang menjadi masalah selama ini. Teringat bacaan di Sarawak Report yang mendedahkan si tembam pernah menulis kepada keluarganya jika deal IPIC menjadi maka ia seperti menemui lombong emas.

Betul sekali bila akhirnya wang yang sepatutnya dibayar IPIC dilencongkan ke akaun sendiri si tembam dan kerajaan MO1 pula enggan lawan di mahkamah sebaliknya redha membayar dua kali.

Bila mat tembam dari Terengganu mendedahkan nama syarikat Cina tembam yang dibawah OSA maka beliau diancam penjara 2 tahun.

Kemudian paling bengong anak pompuan MO1 semalam pula dilapor Malaysiakini sebagai menjawab kritikan pemimpin parti sarkis berkata satu-satunya kesalahan ayahnya adalah kerana mahukan yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib – Astaghfirullah-hal-adzhim demi rakyat dan negara katanya… aku demam…

DIKEMASKINI: Kecaman Jho Low, ini jawab Tun Mahathir sila hadamkan

KLIK BACA: Lojikkah simpan barang kemas berjuta ringgit di rumah anak Rosmah? 

KLIK BACA: Dr Mahathir mahu rampas jet Jho Low yang ditahan di Singapura selepas Equanimity

KLIK BACA: Pegawai Kastam marah Najib bocor maklumat cincin berlian Rosmah, kata bekas KP SPRM

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share