Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad melawat kapal pelayaran mewah Equanimity yang ditahan di Terminal Boustead Cruise Centre, Pulau Indah diiringi Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong. – Foto Utusan Malaysia

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Amerika Syarikat yakin bahawa Malaysia sebenarnya adalah pemilik kapal layar mewah Equanimity kerana ia didapatkan oleh ahli perniagaan Low Taek Jho, atau lebih dikenalli sebagai Jho Low, menggunakan dana yang disalurkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Perdana Menteri berkata, ini didedahkan susulan hasil siasatan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ).

“DOJ melakukan siasatan dan mereka mendapati bahawa kapal layar itu dimiliki oleh Jho Low dan wang yang digunakan untuk membayarnya dicuri dari 1MDB,” katanya kepada pemberita selepas melawat kapal mewah itu, yang diserahkan kepada Malaysia oleh Indonesia pada 7 Ogos, di Boustead Cruise Centre, Sabtu.

Dr Mahathir berkata, Amerika Syarikat mempunyai dokumen yang berkenaan.

“Mereka menyakinkan kita bahawa ini adalah bot Jho Low dan mereka berkata jika kita hendak menyimpannya kita memang layak terhadapnya kerana ia milik kita, dan (kapal layar itu telah) dibeli dengan wang Malaysia yang dicuri, dan apabila kita menjual kapal ini kelak , kita layak mendapat hasilnya,” kata beliau seperti dilapor BERNAMA.

Dr Mahathir berkata, pembelian kapal itu, yang dianggarkan bernilai RM1 billion, dibuat secara aktiviti wang haram.

“Apabila anda mencuri wang anda perlu menyimpannya di mana-mana, jadi untuk menyorok wang itu mereka membeli harta atau kapal seperti ini, dan mereka berfikir dengan cara ini wang yang dicuri itu bersih,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan bercadang untuk menjual kapal mewah ini dengan secepat mungkin, memandangkan ia menelan belanja kira-kira RM2 juta sebulan untuk kos penyelenggaraan sahaja.

Dr Mahathir mencabar Jho Low untuk tampil dan menuntut pemilikan kapal layar mewah ini.

“Jho Low mendakwa bahawa ia milik beliau. Beliau boleh tampil dan tuntut,” kata Perdana Menteri.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata kapal tersebut tidak akan dipamer kepada orang ramai bagi mengelakkan persepsi negatif kepada bakal pembeli kerana ia boleh menyebabkan kapal itu mengalami susut nilai yang banyak.

“Kalau sampai 100 orang dibenarkan masuk ke dalam kapal ini kita bimbang ia akan mero­sakkan kapal. Jadi, bakal pembeli mungkin tidak mahu (beli kapal ini).

“Hiasan dalaman kapal ini sangat mewah, sangat cantik, perabot yang ada dalam kapal ini saya sendiri pun tidak pernah melihatnya. Begitu juga bilik tidurnya, kita boleh tidur sambil melihat keindahan langit,” katanya.

Equanimity yang berharga RM1 bilion itu tiba di Pelabuhan Klang Selasa lalu selepas berlepas dari perairan Batam, Indonesia, sehari sebelumnya.

Kapal tersebut dibawa pulang ke Malaysia dengan diiringi kapal frigat, KD Jebat, milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga buah kapal ronda Polis Marin.

Kapal itu sebelum ini ditahan pihak berkuasa Indonesia di Bali pada 28 Februari lalu ekoran siasatan yang dilakukan Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat.

Kerajaan Indonesia kemudian menyerahkan kapal berkenaan kepada kerajaan Malaysia atas permintaan Dr. Mahathir semasa kunjungannya ke negara berkenaan Jun lalu. – Majalah Review Malaysia

KLIK BACA: Pegawai Kastam marah Najib bocor maklumat cincin berlian Rosmah, kata bekas KP SPRM

KLIK BACA: Najib – Saya boleh pertahan diri sendiri Umno tak perlu

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Najib senasib Presiden Indonesia Suharto anak isteri kaya

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share