Bekas Ketua Menteri Melaka Rahim Tamby Chik mengulas kritikan terhadap bekas Perdana Menteri Najib Razak oleh pemimpin dan ahli Umno. – Foto Free Malaysia Today

Tan Sri Abdul rahim Tamby Chik menganggap ahli dan kepemimpinan UMNO akan menerima padah sekiranya masih malu membuka mulut dan takut bersuara terhadap salah laku mana-mana pemimpin demi kebaikan, kebenaran serta perubahan masa depan Melayu.

Bekas Ketua Menteri Melaka, Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata demikian bagi menyuarakan pandangan menerusi Facebooknya berkaitan bekas presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kini berdepan tuduh pertuduhan termasuk penggubahan wang haram.

“Ramai ahli Umno bersetuju pandangan dan kenyataan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa Datuk Seri Johari Abd Ghani bahawa kehadiran bekas presiden Umno di PRK Sungai Kandis telah memberi kesan yang negatif terhadap peluang calon BN untuk menang.

“Keberanian seperti ini yang diperlukan dalam Umno. Tapi jika ahli Umno masih malu nak buka mulut dan masih takut serta gentar untuk bersuara demi kebaikan, kebenaran serta perubahan masa depan Melayu, terimalah padahnya. Terimalah apa yg seadanya. Melayu makin layu dan sayu.

“Makin ramai yang berani menyatakan pendirian demi membina imej dan integriti Umno yang telah punah dan ranap ketika PRU14 (Pilihan Raya Umum Ke-14) yang lalu, makin bijak dan waraslah kepimpinan Umno bergerak ke depan menebus rasa benci rakyat kepada Umno kerana kleptokrasi dan rasuah.

“Ramai masih sayang dan hormat kepadanya termasuk saya sendiri yang telah berjuang bersama-sama sejak zaman Pemuda dulu. Tapi penyingkiran keahlian Umno terhadap bekas presiden akan dilihat dan dirasai rakyat satu pengorbanan politik yang amat besar.

“Rakyat akan menghargai bahawa dalam perjuangan untuk negara, kebijaksanaan dan tanggungjawab agung Umno adalah memilih kepentingan rakyat sebagai keutamaan nasional yang jauh lebih besar dari hanya terkial-terkial mempertahankan kepentingan mana-mana individu tertentu.

“Bukan kami tak sayang bekas pemimpin kami tapi kami lebih sayang perjuangan Umno yang keramat ini tidak dikiamatkan,” jelasnya.

KLIK BACA: Najib – Saya boleh pertahan diri sendiri Umno tak perlu

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share