Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.

Beliau meluahkan perasaan itu susulan kritikan pemimpin kanan Umno yang menganggap dirinya yang didakwa atas 7 pertuduhan jenayah sebagai membebankan parti itu.

Najib menerusi Facebooknya menyatakan jika melalui perbicaraan yang adil, beliau dapat mempertahankan dirinya sendiri kerana yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat.

“Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya. Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini,” katanya.

“Saya tidak mempunyai sebarang hasrat untuk menjadi presiden Umno lagi. Kepimpinan Umno baharu perlu diberikan kepercayaan dan ruang untuk membuktikan kepimpinan mereka bagi mendapatkan kepercayaan rakyat.

“Sebagai Perdana Menteri dan Presiden BN pada masa itu, saya menjadi sasaran pihak lawan yang membuat pelbagai serangan fitnah terhadap saya,” katanya.

Nota Ana Ghoib: Najib dan penyokongnya masih percaya beliau difitnah tetapi sebenarnya bukanlah hak kita menyatakan atau menjaja ianya fitnah atau tidak sebelum ditentukan oleh hakim yang mengangkat sumpah atas nama Allah dan ikrar taat setia kepada Raja, Perlembagaan umumnya negara.

Pokoknya hadapi perbicaraan seperti Anwar dengan berani tidak lari ke luar negara.

Jika Tun Mahathir 93 tahun itu pun berani berdepan RCI Forex yang hasilnya Tan Sri Nor Yaakob mengakui bertanggung jawab kemudian hilang punca rezeki kerana meletak jawatan di Khazanah yang dikuasai Najib – jadi mengapa takut berkata benar di mahkamah?

Tun Siti Hasmah pun menggigil diambil keterangan oleh polis hanya kerana menghadiri perhimpunan aman – maka tiada alasan untuk pemimpin muda 65 tahun cemas atau takut dibicarakan di mahkamah kerajaan bagi menamatkan perbicaraan di mahkamah terbuka selama bertahun-tahun.

Pengacara Najip Ali yang agaknya takut masuk ke Malaysia dari Singapura kerana kes mentertawakan Najib Razak mungkin akan berani semula selepas mahkamah mengesahkan tuduhan terhadap Najib adalah FITNAH kemudian Malaysia kembali aman lalu penyokong saling bermaafan. – Berita Mimpi – Ana Ghoib 

KLIK BACA: Umno malu takut singkir Najib, terimalah padahnya, kata Rahim Tamby Chik

KLIK BACA: Tun Mahathir lawat kapal Equanimity diiringi Mat Sabu, Guan Eng

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Najib senasib Presiden Indonesia Suharto anak isteri kaya

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share