Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memberi amaran terakhir kepada Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) untuk tidak mengeluarkan perkataan lucah seperti yang dilakukannya Selasa lalu.

Mohamad Ariff Md Yusof berkata sekiranya Bung Moktar mengulangi perkataan lucah atau tidak sopan itu, beliau akan dihalau keluar dewan rakyat.

“Saya akan gunakan seksyen 44(2) peraturan Dewan Rakyat iaitu satu peruntukan yang membenarkan speaker menghalang ahli parlimen menyertai persidangan dalam satu tempoh yang tertentu,” katanya di Dewan Rakyat.

Selalu lalu, tindakan Willie Mongin (PH-Puncak Borneo) mencelah semasa Bung bercakap mengenai kenaikan harga barang di Pasar Borong Selayang, mengundang kemarahan Bung Moktar.

Ketika Bung berucap, Willie mencelah dan bertanyakan sama ada Bung pergi ke pasar borong itu atau ke kasino.

Bung membidas Willie sebagai biadab dan bertanyakan sama ada wakil rakyat PKR itu mahu mencari gaduh.

“F*** you! Kau salah orang,” kata Bung.

Ariff berkata beliau mendapati perkataan yang digunakan Bung itu kurang sopan tetapi akui perkataan seumpama itu pernah disebut oleh ahli parlimen lain sebelum ini.

Beliau berkata perkataan yang dikeluarkan itu jelas melanggar peraturan Dewan Rakyat walaupun Bung menarik balik perkataan itu.

“Dalam hal demikian, saya ingatkan semua ahli parlimen mematuhi peraturan Dewan Rakyat di mana perkataan lucah dan tidak sopan tidak dibenarkan dan tindakan akan diambil mengikut seksyen 44 (2) peraturan Dewan Rakyat.

“Jika perkara itu disebut saya akan keluarkan arahan menghalau ahli parlimen itu dari Dewan Rakyat dan keluarkan hukuman lain. Ahli parlimen lain perlu pastikan perkara ini tidak diulang pada masa depan,” katanya.

KLIK BACA: Najib – Saya boleh pertahan diri sendiri Umno tak perlu

KLIK BACA: Umno malu takut singkir Najib, terimalah padahnya, kata Rahim Tamby Chik

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share