Khairy Jamaluddin membuat laporan polis dan SPRM berhubung dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN telah ‘merompak’ bayaran balik GST di IPD Sentul. – Foto Bernama

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) dan polis berhubung dakwaan menteri kewangan bahawa kira-kira RM18 bilion wang bayaran balik cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hilang daripada sebuah akaun amanah.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau mahu dakwaan Lim Guan Eng itu “disiasat dan disahkan”.

Semalam Lim memberitahu Dewan Rakyat kira-kira RM18 bilion wang cukai input yang sepatutnya dibayar balik kepada syarikat perniagaan sejak cukai GST diperkenalkan pada 2015, didapati hilang.

Beliau berkata sebanyak RM19.4 bilion wang tidak dikembalikan kepada syarikat perniagaan kerana kerajaan Barisan Nasional sebelum ini menggelapkan dana tersebut.

Dana itu sepatutnya dimasukkan ke dalam sebuah akaun amanah, tetapi sebaliknya ditempatkan dalam akaun wang disatukan dan dibelanjakan, katanya.

Hanya kira-kira RM1.5 bilion masih berada dalam akaun itu, katanya ketika sesi bacaan kali kedua rang undang-undang pemasuhan GST.

Portal FMT melaporkan Guan Eng enggan memberi komen apabila ditanya semalam sama ada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak terlibat dengan “kecurian” dana itu.

“Najib kini menghadapi banyak tuduhan, jadi saya tidak mahu komen tentang perkara ini sehingga siasatan selesai,” katanya.

Guan Eng juga mendakwa bekas ketua setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Irwan Serigar mungkin tahu tentang kekurangan dalam akaun amanah bayaran balik GST itu.

KLIK BACA: Najib – Saya boleh pertahan diri sendiri Umno tak perlu

KLIK BACA: Umno malu takut singkir Najib, terimalah padahnya, kata Rahim Tamby Chik

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share