Seramai 17 pengawal keselamatan JPM direman bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana PRU14 berjumlah RM3.5 juta dari pejabat perdana menteri. – Foto Bernama

PUTRAJAYA: Seramai 17 pengawal keselamatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) direman 5 hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes penyelewengan dana pilihan raya umum ke-14 (PRU14) berjumlah RM3.5 juta.

Majistret Siti Nabilah Abd Rashid mengeluarkan perintah reman sehingga Ahad ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, semua lelaki berumur 31 hingga 51 tahun itu tiba di mahkamah pada 9.15 pagi dengan sebuah bas serta berpakaian lokap SPRM berwarna jingga dan tangan bergari.

DIKEMASKINI: Zahid Hamidi: Saya tak tahu ada RM3.5 juta dalam pejabat Najib

Semua suspek ditahan semasa hadir memberi keterangan di ibu pejabat SPRM.

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM840,700 dan 9 motosikal pelbagai jenama yang keseluruhannya bernilai RM90,000.

Media semalam melaporkan 17 anggota keselamatan didakwa mengambil wang itu daripada pejabat Najib selepas mengetahui Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Wang terbabit dikatakan adalah sebahagian daripada dana pilihan raya UMNO.

Anggota keselamatan terbabit dipercayai sebahagian daripada pasukan bertugas pada malam PRU-14 lalu, untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

Wang terbabit dilaporkan tidak disimpan dalam peti keselamatan.

DIKEMASKINI: Zahid Hamidi: Saya tak tahu ada RM3.5 juta dalam pejabat Najib

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, rayu ahli Umno kenang jasa Najib, jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayar balik GST, dedah Guan Eng

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share