Zahid Hamidi mendakwa tidak tahu mengenai simpanan tunai berjuta-juta ringgit di pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. – Foto The Malay Mail

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mendakwa tidak dimaklumkan mengenai simpanan tunai berjuta-juta ringgit di pejabat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Saya tidak tahu, saya tidak pernah dimaklumkan mengenai perkara itu,” katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen, hari ini.

Zahid yang juga Ketua Pembangkang berkata beliau menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan kecurian wang tunai berjumlah RM3.5 juta oleh 17 pegawai keselamatan di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Tidak seharusnya jika menemui wang itu, mereka membuat keputusan memfaraidkan (agih) sesama sendiri, eloklah diserahkan kepada pihak berkuasa,” tegasnya.

Media semalam melaporkan 17 anggota keselamatan didakwa mengambil wang itu daripada pejabat Najib selepas mengetahui Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Wang terbabit dikatakan adalah sebahagian daripada dana pilihan raya UMNO.

Anggota keselamatan terbabit dipercayai sebahagian daripada pasukan bertugas pada malam PRU-14 lalu, untuk menyediakan kawalan keselamatan di jabatan berkenaan.

Wang terbabit dilaporkan tidak disimpan dalam peti keselamatan.

SPRM telah mendapatkan perintah tahanan reman lima hari terhadap suspek berusia antara 31 hingga 51 tahun di Mahkamah Majistret Putrajaya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

SPRM dilapor Bernama turut merampas wang tunai berjumlah RM840,700 daripada suspek, bersama sembilan motosikal bernilai RM90,000.

Untuk rekod, Najib selepas kekalahan PRU dalam wawancaranya bersama Malaysiakini telah memaklumkan bahawa beliau tidak sempat mengemas barang kerana diarahkan keluar dari Seri Perdana dalam tempoh dua jam. – Majalah Review Malaysia | MRM

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Najib – Saya boleh pertahan diri sendiri Umno tak perlu

KLIK BACA: Umno malu takut singkir Najib, terimalah padahnya, kata Rahim Tamby Chik

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share