Menteri Pertahanan Mohamad Sabu dan mantan penyandang jawatan Hishammuddin Hussein bersama sepupunya bekas PM Datuk Seri Najib Tun Razak. – Foto KiniTV

PARLIMEN: Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata cabang aset darat, laut dan udara semasa Malaysia berada di kedudukan terbawah dalam kalangan negara Asia Tenggara.

Menurut Mohamad Sabu keadaan itu jauh berbeza dengan era 1970-an apabila Malaysia berada di kedudukan teratas.

“Dari segi tentera laut, udara dan sebagainya dalam kalangan Asia Tenggara, negara kita berada di tempat paling bawah ketika ini.

“Vietnam jauh ke hadapan, Indonesia di tangga teratas, manakala Malaysia di bawah.

“Malulah kita kalau pergi ke peringkat antarabangsa sekarang, tetapi saya akan berusaha menjadikan Malaysia hebat semula, nombor satu semula,” katanya pada sesi waktu pertanyaan menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini lapor Harian Metro.

Mohamad menjawab soalan tambahan Datuk Danyal Balagopal Abdullah (PH-PKR Port Dickson) yang meminta penjelasan berhubung isu peruntukan dan pertahanan.

Menjawab soalan asal Datuk Dr Abd Latiff Ahmad (BN-UMNO Mersing) mengenai tindakan jangka pendek bagi meningkatkan keupayaan udara negara, Mohamad berkata, Pesawat Pemantau Maritim (MSA) juga Pesawat Tanpa Pemandu (UAV) adalah aset terbaik serta berupaya membantu pemantauan di perairan Laut China Selatan dan Selat Melaka dan keduanya akan diteliti bagi memperkasakan aset pasukan setaraf dengan keupayaan negara luar.

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

KLIK BACA: RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayar balik GST, dedah Guan Eng

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share