Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu Datuk Seri Johari Abdul Ghani untuk terus menghormati bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak walaupun beliau sudah tidak lagi berkuasa.

“Jika seseorang sahabat itu kini jadi miskin dulu kaya atau sahabat dulu berkuasa sekarang tidak lagi dalam keadaan itu harus dihormati.

“Dan dalam keadaan itu kalau berbeza pendapat sekali pun, ada kaedah-kaedah sahsiah yang baik untuk nyatakannya.

“Bagi saya janganlah pijak kepala seseorang apabila tengkuk telah berada di paras pinggang,” kata Zahid kepada wartawan di luar Dewan Rakyat.

Beliau mengulas kenyataan bekas menteri Umno, Johari yang berkata Umno tidak wajar membenarkan Najib berkempen di Sungai Kandis yang menyaksikan calon Umno Lokman Noor Adam tewas kepada calon PKR Ustaz Zawawi Mughni.

Dalam pada itu, Zahid juga meminta ahli untuk tidak memulaukan Datuk Seri Najib Razak kerana dia pernah berbakti kepada parti dan negara.

Beliau berkata dirinya tidak akan menyekat Najib membantu parti dalam kempen pilihan raya kecil walaupun bekas perdana menteri itu “tersilap langkah” dalam perjalanan politiknya.

Najib yang juga bekas presiden Umno sedang berhadapan pertuduhan rasuah dan ia mungkin membawa tanggapan negatif terhadap Umno, kata Johari dalam satu kenyataan.

Johari juga berkata era bekas presiden Umno itu telah berakhir dan parti itu perlu mengorak langkah ke hadapan serta berubah selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Sementara itu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim secara dasarnya bersetuju dengan Johari.

“Tetapi pihak parti seperti presiden perlulah maklumkan awal-awal atau memaklumkan kepada pasukan strategi bahawa segelintir pemimpin tidak patut hadir di majlis-majlis tertentu,” katanya dipetik FMT.

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya Putrakaya

Sebab itu kalian jangan sujud kepala kepada TAGHUT – ditafsirkan dalam Quran sebagai menyembah berhala hawa nafsu, harta dan segala syirik termasuk pangkat. Nabi Muhammad SAW itu tidak menyindir tetapi berkata Benar belaka.

Firman Allah: Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam kea­daan tercela dan terusir.

Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. – Surat Al-Isra, ayat 18-19

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib – Mempersetan politik munafik

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

KLIK BACA: RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayar balik GST, dedah Guan Eng

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share