Bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan [Finance Minister] Datuk Seri Najib Razak dikritik memberi jawapan tidak tahu dalam semua skandal yang disoal terhadap beliau. – Foto Berita Mimpi-AnaGhoib

Antara soalan yang ditanyakan wartawan kepada Najib adalah:

Siapa sumber isterinya Rosmah Mansor mendapat wang membeli barang kemas mewah? – Tak Tahu

Siapa beri wang RM42 juta dari SRC yang dipinjam dari KWAP [dana pencen]? – Tak Tahu

Siapa arah atau ‘endorse’ agensi perisikan Malaysia [MEIO] tulis surat CIA minta sokongan politik? – Tak Tahu

Siapa pemilik kapal Equanimity adakah Jho Low dan dari mana dia dapat wang adakah dari 1MDB? – Tak Tahu

Nota Ana Ghoib: Bukanlah kita suka musibah tertimpa kepada saudara muslim kita Najib Razak.

Tetapi seiring dengan kemewahan amat besar yang dinikmatinya sejak kecil kemudian menjadi PM sehingga melangit tinggi 30 ribu kaki di udara kemudian bersama isteri jatuh terpacak di bumi menghadapi realiti – adalah diharapkan Najib berjaya bangkit menghadapi perbicaraan di kamar mahkamah setelah puas dibicarakan di media.

Inilah peluang rasmi Najib bercakap benar tiada yang benar melainkan benar belaka sesuai dengan sumpah jawatannya ketika menjadi Perdana Menteri.

Firman Allah: Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”.

Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.

Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang itu telah beriman”. Mereka menjawab: “Patutkah kami ini beriman sebagaimana berimannya orang-orang bodoh itu?” Ketahuilah! Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh, tetapi mereka tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

Dan apabila mereka bertemu dengan orang-orang yang beriman, mereka berkata: ” Kami telah beriman “, dan manakala mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka berkata pula: “Sesungguhnya kami tetap bersama kamu, sebenarnya kami hanya memperolok-olok (akan orang-orang yang beriman)”.

Allah (membalas) memperolok-olok, dan membiarkan mereka meraba-raba dalam kesesatan mereka (yang melampaui batas itu).

Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk; maka tiadalah beruntung perniagaan mereka dan tidak pula mereka beroleh petunjuk hidayah. – (Al-Baqarah 2:11-16)

Nota Ana Ghoib: Thoha Putrajaya Putrakaya – Kita semua diuji dan sudah diperingatkan segala puji-pujian bagi Allah semata-mata. Tetapi orang politik menempah maut membodohkan rakyat dan leka makan puji akhirnya membawa padah tak sedar lupa diri.

Sebab itu kalian jangan sujud kepala kepada TAGHUT – ditafsirkan dalam Quran sebagai menyembah berhala hawa nafsu, harta dan segala syirik termasuk pangkat. Nabi Muhammad SAW itu tidak menyindir tetapi berkata Benar ikhlas belaka.

Firman Allah: Barang siapa menghendaki kehidupan sekarang (duniawi), maka Kami segerakan baginya di dunia itu apa yang Kami kehendaki bagi orang yang Kami kehendaki dan Kami tentukan baginya neraka Jahannam; ia akan memasukinya dalam kea­daan tercela dan terusir.

Dan barang siapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan sungguh-sungguh, sedangkan ia adalah mukmin, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya dibalasi dengan baik. – Surat Al-Isra, ayat 18-19

Susunan risalah nasihat Berita Mimpi – Ana Ghoib – Mempersetan politik munafik

KLIK BACA: Curi di Pejabat Perdana Menteri, mungkin hanya berlaku di Malaysia

KLIK BACA: Zahid: Saya tak tahu RM3.5 juta di pejabat Najib, pengawal keselamatan ditahan SPRM

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, kalau sahabat dulu kaya skrg miskin [Najib], jangan pijak kepala

KLIK BACA: Pemimpin Umno-BN sibuk kata GST efisien tapi RM18 bilion ‘hilang’ pergi mana?

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share