Najib Razak akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur untuk kes wang RM42 juta SRC International dalam akaun bank peribadinya.  ― Foto The Sun Daily

KUALA LUMPUR, 7 Ogos — Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang berdepan tiga pertuduhan pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, dijangka didakwa di mahkamah esok atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Najib akan dibawa ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, untuk menghadapi tiga lagi pertuduhan membabitkan dana SRC mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA).

“Beliau akan didakwa dengan tiga pertuduhan tambahan,” kata sumber itu.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 4 Julai lepas, Najib, 65, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap tiga pertuduhan CBT dan satu pertuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali. — Bernama

KLIK BACA: Doa nasihat untuk Najib dan Rosmah yang serba tak tahu – Ana Ghoib

KLIK BACA: Jho Low serah diri atau berani sahut cabaran Dr Mahathir tuntut kapal Equanimity?

KLIK BACA: Saya tak tahu, tak pernah naik Equanimity, kata Najib

DIKEMASKINI: Najib diheret ke mahkamah lagi, kali ini 3 pertuduhan gubah wang haram

KLIK BACA: Perbicaraan Najib catat sejarah prosiding jenayah paling besar di Malaysia – Kadir Jasin

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share