Kapal persiaran Equanimity kembali ke perairan Malaysia buat kali pertamanya sejak Pakatan Harapan memerintah menggantikan Barisan Nasional yang dipimpin Datuk Seri Najib. – Foto Redaksi Indonesia

Kapal layar mewah milik Low Taek Jho atau Jho Low Equanimity merentas sempadan di antara Indonesia dan Malaysia dari Batam 5 petang tadi dari Batam.

Kapal polis marin KPD Setia mengiringi Equanimity dan kedua-dua kapal melabuhkan sauhnya di perairan Pengerang, Johor.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam sidang medianya hari ini menyatakan bahawa Equanimity dijangka tiba di pelabuhan Port Klang esok.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad gembira dengan keputusan Indonesia menyerahkan Equanimity yang dikaitkan dengan Low Taek Jho atau Jho Low.

Dr Mahathir turut mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo [Jokowi] kerana kerjasama dan bantuan republik itu dalam menyelesaikan satu masalah yang dihadapi Malaysia.

“Saya betul-betul berterima kasih kepada kerajaan Indonesia, terutamanya bapak Jokowi, presiden Indonesia yang begitu bekerjasama dengan Malaysia untuk selesaikan masalah yang dihadapi oleh Malaysia,” katanya di laman Facebook beliau.

Dr Mahathir berkata jika ada mana-mana pihak yang ingin menuntut pemilikan kapal layar tersebut, mereka boleh tampil dan menunjukkan bukti.

“Kalau mereka tak dapat bukti duit ini datang daripada mereka sendiri dan bukan duit yang dicuri maka mereka berhak mendapat balik kapal ini,” katanya.

Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa Indonesia telah merampas kapal itu atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika DOJ.

DIKEMASKINI: Najib diheret ke mahkamah lagi, kali ini 3 pertuduhan gubah wang haram

KLIK BACA: Saya tak tahu, tak pernah naik Equanimity, kata Najib

DIKEMASKINI: Najib diheret ke mahkamah lagi, kali ini 3 pertuduhan gubah wang haram

KLIK BACA: Saya tak tahu, tak pernah naik Equanimity, kata Najib

KLIK BACA: Najib duduk rumah jangan ganggu Umno-BN, nanti kalah lagi pilihan raya kecil

KLIK BACA: Polis Indonesia serah Equanimity di perairan Malaysia, Jho Low kecam Tun M

KLIK BACA: Kristian ambil alih Putrajaya, Polis boleh tangkap Tajuddin Rahman rasanya

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: Mat Sabu lebih mulia walau Najib cuba hina

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share