Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid melalui peguamnya Datuk Shaharudin Ali mengesahkan surat yang dihantar kepada Agensi Risikan Pusat (CIA) adalah operasi rutin yang dilakukan oleh agensi perisikan bertujuan mengukuhkan hubungan dan keyakinan dengan negara lain.

Surat CIA itu juga katanya termaktub sebagai rahsia rasmi negara mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 dan tidak seharusnya didedahkan kepada orang ramai kerana membabitkan keselamatan negara.

Hasanah berkata, surat itu bukan perkara aneh malah, pertukaran maklumat risikan, latihan dan pertukaran antara CIA dan MEIO adalah rutin bagi memastikan negara mencapai kemampuan risikan yang boleh diharapkan.

“Surat yang dihantar kepada CIA tidak diketahui oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana ia adalah perkara rutin dan hanya membabitkan hal operasi.

“Surat MEIO bertarikh 4 Mei lalu bukan sepucuk surat berbentuk derhaka, malah, pihak yang menyatakan sedemikian adalah bohong dan tidak masuk akal kerana mandat MEIO adalah menjaga keselamatan negara dan bukan sebaliknya,” katanya seperti dilapor Harian Metro pada sidang media di pejabatnya, di Kuala Lumpur, hari ini.

Hasanah berkata, MEIO adalah bahagian perisikan negara barisan hadapan dalam memantau dan menjaga kepentingan strategik serta keselamatan negara.

“Ini semua adalah rahsia risikan yang tidak boleh dijadikan bahan polemik awam.

“Sehubungan itu, kita memohon pihak polis untuk menjalankan siasatan bagi mencari dalang yang bersubahat membocor dan menghancurkan keyakinan agensi perisikan luar negara dengan MEIO dan hubungan negara ini dengan negara lain,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Hasanah menandatangani surat tiga halaman bertarikh 4 Mei lalu dan diutuskan kepada Gina Haspel.

Menerusi surat terbabit, MEIO yang beroperasi di sebalik Bahagian Penyelidikan Jabatan Perdana Menteri (JPM), didakwa meminta Amerika Syarikat (AS) terus menyokong pentadbiran Najib jika Barisan Nasional (BN) menang mudah atau hanya meraih majoriti satu kerusi dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menerusi surat itu, MIEO menggambarkan Najib sebagai pemimpin progresif dan mesra AS dan akan terus menyokong kehadiran AS di Malaysia manakala Tun Dr Mahathir pula disifatkan sebagai antibarat, antiYahudi.

Nota Ana Ghoib: Jadi adalah rutin badan perisikan memburukkan bekas PM Tun M sebagai anti Amerika?

Hello makcik, Tun M kritik AS isu Palestine tetapi penganalisis dan diplomat mereka sendiri hairan semakin kutuk semakin banyak pula syarikat multi nasional mereka melabur di Malaysia berbanding yang cabut lari di zaman MO1.

Mat Saleh pun tahu sangat kaki bodek dan benci pengampu yang kononnya mahu melabur wang pencen rakyat untuk menolong ekonomi AS.

Belum untung yang pasti komisyen masuk poket beli kapal duduk tenang tengah laut pakai spender minum wain makan anggur pergi mampus pelaburan dalam negara dan rakyat menganggur.

Derhaka tak derhaka tapi malu tetap malu dengan kuasa Allah yang maha mengetahui Umno-BN kalah PRU serentak gagalnya badan perisikan yang tugasnya menentukan Najib berkuasa.

Tepat ke muka terkena ludah sendiri – Umno yang selalu memomokkan DAP undang campurtangan asing atau Melayu bakal terbangsat apabila dijajah AS seperti di Libya dan Iraq.

Susunan risalah Berita Mimpi – Ana Ghoib | Hamba duit memang tak hirau negara dan bangsa. Muhyiddin boleh handle ke tidak makcik ni?

KLIK BACA: Zahid jawab Johari, rayu ahli Umno kenang jasa Najib, jangan pijak kepala

KLIK BACA: Ketua perisik MEIO hantar surat CIA boleh didakwa khianat terhadap negara – Peguan Tun M

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: Mat Sabu lebih mulia walau Najib cuba hina

KLIK BACA: Najib tak tahu jet pejuang TUDM tak boleh terbang

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share