Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yakin Arab Saudi memahami pendirian Malaysia menarik balik anggota tentera yang ditempatkan di negara berkenaan.

Dalam pada itu, beliau berkata Malaysia akan terus menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Arab Saudi dalam pelbagai bidang lain.

“Saya sendiri ditemui Duta Arab Saudi dan saya cakap kepadanya nak tingkat hubungan dalam pelajaran, teknologi dan kerjasama yang lain, saya yakin mereka faham dasar luar Malaysia,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata langkah penarikan balik anggota tentera itu adalah bagi menegaskan pendirian Malaysia sebagai negara berkecuali dalam konflik antara pakatan negara Arab pimpinan Arab Saudi dan Yaman.

Beliau berkata walaupun anggota tentera Malaysia tidak terlibat dalam pertempuran, mereka bagaimanapun terbabit dalam tugasan logistik.

Malaysia sebelum ini dilapor menempatkan tentera di Arab Saudi sejak 2015 bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Yaman yang sedang berhadapan konflik. – Bernama

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK VIDEO: Mat Sabu jawab Najib bangga perlekeh dirinya kartun, tiada bukti skandal 1MDB

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share