Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menerima amaran daripada Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Nga Kor Ming ketika berucap di Dewan Rakyat, hari ini.

Situasi itu berlaku apabila Rayer menggunakan perkataan ‘kepala bapak’ ketika berucap di Dewan Rakyat didakwa dituju kepada pimpinan BN kerana gagal membela kebajikan anggota polis.

“IPD Timur Laut merupakan yang terbesar di Pulau Pinang di mana anggota polis menggunakan kipas angin kerana penghawa dingin telah rosak tidak diperbaiki sejak lima tahun lalu kerana tidak ada wang.

“Tapi isteri Pekan masih boleh mengimport intan dan berlian masuk ke Malaysia tanpa GST, anggota polis yang kawal keselamatan di Malaysia tidak diberi perhatian, kononnya BN membela anggota polis dan tentera ‘kepala bapak mereka,” kata Rayer ketika bangkit mencelah ucapan pergulungan titah Agong oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman.

Kenyataan itu sekali gus menimbulkan ketegangan dan kemarahan pimpinan BN yang berada di dalam dewan.

Bagaimanapun Rayer mempertahankan tindakannya dengan mengatakan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melakukan perkara sama.

Susulan itu, Kor Ming mengarahkan Rayer menarik balik kenyataan kurang sopan tersebut.

KLIK BACA: Guan Eng dedah di Parlimen barang kemas Rosmah tidak ikrar import kastam

KLIK BACA: Surat CIA bukan derhaka, Najib tak tahu, kata Hasanah

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK BACA: 4 jet pejuang TUDM sahaja yang boleh terbang – Mat Sabu

KLIK VIDEO: Mat Sabu jawab Najib bangga perlekeh dirinya kartun, tiada bukti skandal 1MDB

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share