Seramai 22 aktivis termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, diculik oleh tentera Israel pada jam 7.15 petang waktu Malaysia di perairan antarabangsa ketika dalam misi kemanusiaan pelayaran kapal Al-Awda menuju ke Gaza.

Pengerusi Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, berkata tindakan Israel dengan merampas dan menculik anak kapal Al-Awda di perairan antarabangsa dianggap sebagai mencabul kehormatan undang-undang maritim.

Katanya, Israel tidak berhak menahan kapal Al-Awda daripada belayar di perairan antarabangsa dan tindakan menghalang masuk ke Gaza serta menyekat semua akses luar bertentangan dengan Konvensyen Geneva Keempat yang menegah hukuman kolektif ke atas mana-mana komuniti.

“Tindakan merampas dan membawa anak kapal masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan, malah mereka tidak berhak melayan anak kapal seperti penjenayah.

“Kapal Al-Awda belayar secara aman tanpa provokasi, tidak membawa senjata dan hanya membawa mesej solidariti serta sedikit bantuan perubatan. Justeru tindakan Israel ini tidak ubah seperti lanun, ” katanya dalam sidang media, di pejabat MyCARE, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir isteri Mohd Affandi, Ayu Mazlan, 45 dan dua anaknya Anis Afifah, 20 serta Adib Affandi, 11.

Ketika ini, anak kapal Al-Awda semua berada dalam keadaan selamat dan kapal mereka ditunda di Pelabuhan Ashdod.

Kapal Al-Awda sudah belayar sejak 22 Mei lalu bermula dari Copenhagen, Denmark dengan misi ‘Just Future for Palestine 2018’ membawa penyertaan 13 orang rakyat Malaysia secara bergilir-gilir. Ia mempunyai tujuan kemanusiaan dengan menghantar 116 kotak bekalan ubatan bernilai hampir RM62,000 disebabkan keadaan yang begitu kritikal.

Misi ini juga bertujuan membebaskan Gaza daripada sekatan zalim Israel yang berlanjutan lebih daripada 12 tahun.

Hafidzi berkata, MyCARE sudah menghubungi dan memaklumkan kepada Wisma Putra supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.

“MyCARE dengan bantuan Freedom Flotilla Coalition (FFC) juga sudah mengaktifkan komunikasi dengan pasukan peguam bagi membantu pembebasan Mohd Affandi. Peguam yang akan menguruskannya ialah Gaby Larsky iaitu peguam sama yang menguruskan pembebasan remaja Palestin semalam.

“Justeru MyCARE menggesa supaya Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu (PBB) turut menggunakan peruntukan yang ada untuk menjamin keselamatan anak kapal daripada 16 negara sehingga selamat pulang ke negara masing-masing,” katanya.

Sementara itu, Ayu berkata, beliau sudah bersedia dengan semua kemungkinan yang akan berlaku dan berharap Israel dapat membebaskan suaminya serta anak kapal lain dengan selamat.

“Kali terakhir berhubung dengan suami adalah semalam dan dia menyatakan semuanya baik saja. Tetapi apabila mengetahui mengenai penahanan itu, saya cemas dan takut.

“Namun atas nasihat dan yakin dengan perancangan MyCARE, saya reda dengan harapan semuanya akan baik saja.

“Bagi saya tindakan Israel begitu kejam kerana ini adalah bantuan kemanusiaan daripada semua negara termasuk bukan Islam. Jadi saya berharap tindakan mereka akan mendapat pembalasan, “katanya. – Berita Harian

KLIK BACA: DoJ akan rampas barang kemas milik isteri MO1?

CLICK READ: KJ too young to suffer dementia, Zahid must be sleep walking or high on ketum – Kadir Jasin

KLIK BACA: Zahid hebat, budak sekolah tingkatan 4 jadi ahli Umno

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

KLIK BACA: Ahmad Maslan – PH penipu besar, SST confirm barang naik 

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share