Siapa isteri Malaysian Official One [MO1] masih menjadi misteri. Gambar barang kemas mewah coli emas oleh Cari Forum

oleh Shahbudin Husin

Apa yang menarik dalam tindakan kali ketiga dan terbaru semalam oleh Jabatan Kehakiman AS untuk menyita beberapa lagi aset yang dipercayai berpunca daripada dana 1MDB yang diselewengkan ialah ia turut menyebut mengenai pembelian dan hadiah barang kemas mewah untuk isteri Malaysian Official 1.

Daripada wang derma AS$620 juta yang kononnya dikembalikan oleh Malaysian Official 1 kepada pemberinya, DOJ mendapati sebahagian wang tersebut turut digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu berharga AS$27.3 juta atau kira-kira RM120 juta.

Ia didakwa dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1.

Selain itu, Jho Low didakwa menghadiahkan 27 barang kemas lain lagi bernilai RM5.5 juta atau AS$1.3 juta kepada isteri Malaysian Official 1 dalam beberapa masa yang berbeza.

Senarai barang kemas tersebut ialah:-

– 1 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian berharga AS$52 ribu.
– 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
– 1 gelang tangan “rose gold” 18k bertatah berlian putih berharga AS$52 ribu.
– 2 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$99 ribu.
– 3 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$91,200.
– 2 gelang tangan emas 18k bertatah berlian berharga AS$60,800.
– 3 gelang tangan emas hitam bertatah berlian perang berharga AS$76,125.
– 2 gelang tangan emas hitam 18k bertatah berlian hitam berharga AS$35,500.
– 2 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$92 ribu.
– 4 gelang tangan emas putih 18k bertatah berlian putih dan jed hitam berharga AS$68 ribu.
– 1 gelang tangan emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$65 ribu.
– 1 utas rantai “rose gold” berbatu nilam pelbagai warna berbentuk hati berharga AS$150 ribu.
– 1 utas rantai “rose gold” 18k bertatah berlian putih berharga AS$70,714.
– 1 utas rantai emas 18k bertatah berlian putih berharga AS$55,489.
– 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih berharga AS$40,172.
– 1 utas rantai emas putih 18k bertatah berlian putih dan hitam berharga AS$240 ribu.

Bermakna, jumlah keseluruhan barang yang dibeli untuk kegunaan isteri Malaysian Official 1 yang DOJ percaya bersumberkan dana 1MDB yang diselewengkan ialah berjumlah AS$28.6 juta (AS$27.3 juta + AS$1.3 juta) atau dalam mata wang Malaysia kira-kira RM125.5 juta.

Keseluruhan dana 1MDB yang dipercayai diselewengkan adalah berjumlah AS$4.5 bilion atau RM20,000 juta, manakala harta dan pelbagai aset lain yang dalam senarai DOJ untuk dikejar atau disita ialah sebanyak AS$1.7 bilion atau RM7,000 juta.

Dengan menyenaraikan barang-barang kemas mewah yang dipercayai dibeli dengan menggunakan dana 1MDB itu, apakah DOJ akhirnya akan menyita dan merampasnya juga daripada isteri Malaysian Official 1 sebagaimana sebelum ini mereka berusaha menyita dan mendapatkan balik pelbagai aset, hotel, kondo mewah, karya seni dan sebagainya daripada Jho Low dan Riza Aziz?

Bagaimana DOJ mahu menyitanya daripada isteri Malaysian Official 1?

Adakah untuk tujuan tersebut, DOJ perlu datang ke Malaysia dan menggunakan saluran undang-undang untuk mendapatkan semua barangan kemas yang disenaraikan itu?

Tetapi, siapa isteri Malaysian Official 1 itu?

Syhhhhh…….

KLIK BACA: “Import intan berlian masuk Malaysia tanpa GST, kepala bapak kau” – RSN Rayer cetus kekecohan di Parlimen

KLIK BACA: Mahathir marah projek kereta letrik gagal, kata Najib

KLIK VIDEO: Mat Sabu jawab Najib bangga perlekeh dirinya kartun, tiada bukti skandal 1MDB

KLIK BACA: Zahid hebat, budak sekolah tingkatan 4 jadi ahli Umno

KLIK BACA: Tulisan Tun Mahathir – Malaysia memang hebat di bawah Najib

DIKEMASKINI: Doa orang teraniaya seperti Najib tiada hijab dengan Allah, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Benarkah kata Rosmah semasa hari jadi bahawa Najib lelaki jujur?

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share