Ramlah Adam berkata UMNO tidak perlu lagi mengambil pendekatan lembut dan tertib sebaliknya perlu menjadi ‘samseng’ ketika membangkang. – Foto Free Malaysia Today

Pakar sejarah Prof Datuk Dr Ramlah Adam berhujah tindakan menggunakan bahasa sopan menunjukkan UMNO bertamadun, namun isu yang timbul membabitkan kerajaan perlu ditegur dengan lantang.

“Gunakan isu yang ada sekarang untuk bangkang dan bangkitkan UMNO. Kerja UMNO sekarang adalah bangkang. Ada banyak isu boleh bangkang.

“Puteri dan Wanita misalnya, boleh tegur janji 100 Hari kerajaan. Beri kenyataan pedas-pedas. Yang lantang, Datuk Lokman Noor Adam saja. Yang lain tiada.

“Pendekatan sekarang kena samseng sikit. Tak perlu dah lembut-lembut, tegur saja secara terus,” katanya semasa menjadi panel dalam Wacana Sinar Harian ke-65 di Dewan Karangkraf, Shah Alam, pada Khamis yang turut dihadiri Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad dan Naib Ketua Puteri UMNO Nurul Amal Mohd Fauzi.

Nota Ana Ghoib: Apa punya sangkak otak ditolak-tolak disuruh-suruhnya PH cepat-cepat tunai semua manifesto dalam 100 hari – kalau tak dapat kehendak mesti berontak keras seperti anak samseng?

Kawan baru masuk rumah sendiri kena curi – tabung kosong akibat polisi bapa suka berjoli – datang makcik jiran tahap profesorey berfalsampah bikin kecoh seperti makcik bawang dengan sisa-sisa harapannya  yang kecewa putih mata hilang segala jawatan dan keistimewaan bahana menurut kehendak tuan besar yang rupanya tidur berbantal bertilamkan duit emas permata.

Tidur atas duit dan barang kemas – patutlah rayuan cukai, harga barang, minyak, PTPTN, giliran haji sampai ke top-up tidak diendahkan oleh kelompok kaya setia kepada ketua parti sampai mati – kemudian ada hati main makeup agama dan bangsa untuk terus berkuasa dan kaya lagi.

Kata hikmah dari seorang Sultan Indonesia: “Ketamakan akan membuat orang kaya menjadi miskin”. – Sri Sultan Hamengkubuwono VIII [Kesultanan Yogyakarta 1880-1939]

Firman Allah: (Nasib kamu hai orang-orang munafik) adalah sama dengan nasib orang-orang sebelum kamu (yang telah dibinasakan), mereka lebih kuat serta lebih banyak harta benda dan anak pinak daripada kamu;

seterusnya mereka telah bersenang-senang dengan bahagian mereka; maka kamu pula telah bersenang-senang dengan bahagian kamu sebagaimana orang-orang yang sebelum kamu itu bersenang-senang dengan bahagiannya;

dan kamu pula telah memperkatakan (perkara yang salah dan dusta) sebagaimana mereka memperkatakannya. Mereka yang demikian, rosak binasalah amal-amalnya (yang baik) di dunia dan di akhirat, dan merekalah orang-orang yang rugi. – (At-Taubah 9:69

Susunan risalah @Berita Mimpi – Ana Ghoib – Marah, tergesa-gesa itu dari Syaitan…

KLIK BACA: Najib pemimpin hebat, samakan saya dengannya satu rahmat, kata Lokman Adam

KLIK BACA: Bila lagi polis siasat surat CIA yang ditulis pegawai kerajaan pentadbiran Najib? 

KLIK BACA: Minta bantuan asing urusan negara tidak dapat diampuni, Kadir Jasin ulas surat CIA

KLIK BACA: Pemuda Umno Asyraf Wajdi – PH munafik jika gagal tunai janji PRU

KLIK BACA: “Malam PRU14 – berilah dia jalan keluar, bilion itu kira halal dunia akhirat” – Hishamuddin Rais

KLIK BACA: Kenapa Najib simpan wang bawah bantal, soal Kadir Jasin

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share