Agensi risikan MEIO kembali hangat dibicarakan selepas surat kepada CIA didedahkan. – Foto Sin Chew Daily

Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan agensi perisikan, Malaysia External Intelligence Organisation (MEIO), tidak dibentuk atau diwujudkan di bawahnya sepanjang 22 tahun berkhidmat sebagai Perdana Menteri sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau perlu mendapatkan semua fakta mengenai MEIO kerana belum lagi diberi taklimat untuk memutuskan sama ada agensi itu akan turut dibubarkan atau sebaliknya,

“Saya juga tidak pasti sama ada agensi sama sudah diwujudkan pada pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ketika bergelar Perdana Menteri.

“Bagaimanapun, saya tahu kegiatan mereka (MEIO) tidak baik untuk kerajaan ini. Kami tidak mahu mengintip rakyat. Kami tidak memerlukan mereka, termasuk kecerdasan mereka, saya fikir kami sudah bijak (pintar),” katanya seperti dilapor NSTP pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet pertama di Putrajaya, pada 23 Mei, 2018.

Pada 21 Mei media melaporkan ebuah rumah milik seorang pegawai wanita berpangkat tinggi, yang dipercayai sebagai ketua agensi perisikan itu diserbu pihak polis. [Baca SINI]

KLIK BACA: Logikkah Najib tak tahu surat CIA ditulis Hasanah Ab Hamid?

KLIK BACA: Minta bantuan asing urusan negara tidak dapat diampuni, Kadir Jasin ulas surat CIA

KLIK BACA: Minta sokongan AS bukankah pengkhianatan kepada negara? – Shahbudin

KLIK BACA: Kenapa Najib simpan wang bawah bantal, soal Kadir Jasin

KLIK BACA: Pemuda Umno Asyraf Wajdi – PH munafik jika gagal tunai janji PRU

KLIK BACA: “Malam PRU14 – berilah dia jalan keluar, bilion itu kira halal dunia akhirat” – Hishamuddin Rais

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share