Steven Chong Wan Oon (kiri) dilantik ketua hakim negara Brunei menggantikan Kifrawi Kifli (kanan). – Foto FMT

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah melantik Steven Chong Wan Oon, sebagai ketua hakim negara bulan lepas berkuatkuasa 30 Jun.

Menurut agensi berita Brunei, Media Permata, pelantikan Steven selaku Ketua Hakim di Mahkamah Besar berkuatkuasa 30 Jun lalu, menggantikan Kifrawi Kifli yang selesai menjalankan tempoh perkhidmatannya.

Menurut bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, Brunei mengamalkan sistem dwi undang-undang seperti di Malaysia dan melaksanakan hukum hudud dan qisas, atau Perintah Kanun Kesalahan Jenayah Syariah 2013.

Hukuman hudud dan qisas diperkenalkan secara berperingkat sejak 2014 dan dikuatkuasakan ke atas orang Islam dan bukan Islam.

Peruntukan undang-undang lain masih berjalan seperti biasa dan dibicarakan di mahkamah sivil.

Hukuman hudud dan qisas diperkenalkan dalam keadaan Brunei yang mengamalkan sistem beraja mutlak dengan kuasa ke atas eksekutif dan perundangan, dan tidak ada sekatan keperlembagaan dalam bidang kuasa mahkamah sivil dan syariah.

DIKEMASKINI: Arshad Raji selar penyokong Najib Lokman Adam mulut celupar tin kosong

KLIK BACA: Kastam mesti periksa semua barang lain dibeli Rosmah

KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta tengok saja emas permata, sediakan cepat tabung kedua?

KLIK BACA: Papagomo suruh Umno belajar dari DAP taktik melayu sokong

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share