Papagomo mahu Umno belajar dari cara politik DAP. – Foto Umno Online

Exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo menggesa Umno belajar dari DAP cara menjuarai isu rakyat dan dalam masa sama menyembunyikan agenda sebenar iaitu mahukan hak sama rata dan menghapuskan hak bumiputera.

“Dulu DAP terang-terang berkempen sedemikian. Tapi DAP belajar jika mereka mahu menang, maka agenda DAP itu tidak perlu diketengahkan sebaliknya menyimpan agenda itu dan bangun menjuarai isu rakyat.

Sebab itu orang Melayu pun menyokong DAP kerana mereka tak nampak DAP mahu menghapuskan hak-hak bumiputera,” katanya dalam kenyataan hari ini lapor Malaysiakini.

Azri juga mendakwa anggota parti DAP masing-masing tahu bahawa agenda parti mereka sejak ditubuhkan hingga kini adalah untuk tidak mengiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi.

Azri berkata demikian sebagai menjawab kenyataan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang melalui Twitter bahawa Umno hanya memainkan isu perkauman berhubung pelantikan peguam negara dan hakim dari kalangan bukan Melayu selain mengutip derma bagi tabung untuk bekas presiden Datuk Seri Najib Razak.

Khairy juga menyifatkan tindakan Umno yang mendapat “pukulan maut” dalam PRU ke-14 itu sebagai “pekak” terhadap suara rakyat dan sekiranya isu perkauman serta agama dijadikan modal untuk PRU15 maka Umno boleh lupakan sahaja niat tawan Putrajaya.

Nota Ana Ghoib: Mungkin veteran DAP Kit Siang boleh saman Papagomo seperti mana cabaran samannya terhadap Najib sebelum PRU14 kerana secara sinikal mendakwa beliau anti-Melayu dan anti-Islam.

Batang tubuh perlembagaan itu sendiri lebih kuat berkuasa mempertahan hak bumiputera dari jelmaan ‘ex convict’ yang cuba memomokkan orang Melayu.

Melayu hilang kuasa di Singapura kerana orang sebeginilah – tidak yakin kekuatan dan keupayaan sendiri hanya merengek menjaja teori konspirasi itu dan ini akhirnya mengalah akur dengan kebimbangan sendiri.

Sila hadamkan – jauh dari membela Kit Siang DAP tetapi KEBENARAN sila baca kenyataan beliau dalam teks ucapan selamat hari lahir kepada PM Tun Dr Mahathir:

Lim Kit Siang: “Merdeka Centre menganggarkan bahawa 95% orang Cina mengundi Pakatan Harapan manakala 35-40% orang Melayu mengundi Barisan Nasional, 30-33% menyokong PAS, dan 25-30% yang lain memilih Pakatan Harapan. Bagi pengundi India, 70-75% daripada mereka menyokong Pakatan Harapan.

Adakah 95% orang Cina mengundi untuk sebuah negara Cina apabila mereka mengundi Pakatan Harapan supaya mereka boleh membuli atau menguasai kaum lain di negara ini?

Sudah tentu tidak. Mereka memilih Malaysia di mana semua rakyat Malaysia, sama ada orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban atau Orang Asli, boleh mempunyai kualiti hidup yang lebih baik, maruah manusia, kebebasan, demokrasi dan tadbir urus yang baik di mana tiada rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan Malaysia yang dikagumi dan dihormati oleh dunia.

Kami mahu rakyat Malaysia yang bukan sahaja menyanyi Negaraku tetapi hidup semangat Lagu Kebangsaan untuk memastikan “Rakyat hidup Bersama dan Maju”.

Kita mesti menolak oportunis politik yang tidak bertanggungjawab yang hanya membina kebencian dan ketidakpercayaan perkauman – menghasut orang Melayu untuk membenci orang Cina atau mendesak orang Cina untuk tidak mempedulikan orang Melayu, melupakan Lagu Kebangsaan yang “Negaraku, Tanah tumpahnya darahku, Rakyat hidup Bersama dan maju” .

Rasuah, penyalahgunaan kuasa dan skandal 1MDB adalah isu utama dalam PRU14.

Saya tidak percaya bahawa 35-40% orang Melayu yang mengundi Barisan Nasional dan 30-33% yang menyokong PAS dalam PRU14 mahu mengundi kleptokrasi, penyalahgunaan dan kekerasan kuasa serta pelbagai bentuk ketidakadilan dan penindasan di bawah pimpinan Perdana Menteri Najib.

Sekiranya pilihan raya umum diadakan selepas kebenaran mengenai skandal 1MDB dan rasuah seperti mini-1MDB di MARA, FELDA dan badan-badan awam lain telah diketahui ramai, majoriti pengundi Melayu akan menyokong Pakatan Harapan untuk melawan kleptokrasi dan memastikan bahawa Malaysia adalah kerajaan yang bersih dan jujur ​​dan bukannya kerajaan rasuah dan dekaden – dan UMNO / BN tidak akan mendapat 35-40% undi Melayu atau PAS memenangi 30-33% undi Melayu.

Oleh itu pembentukan Pakatan Harapan, dengan Tun Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri yang menetapkan dengan ikrar seperti yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan PRU14 untuk menyelamatkan dan membina sebuah Malaysia Baru.

Susunan: Majalah Review Malaysia – MRM

KLIK BACA: Kastam mesti periksa semua barang lain dibeli Rosmah

KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta tengok saja emas permata, sediakan cepat tabung kedua?

KLIK BACA: Selagi Jho Low belum ditangkap jangan berani serah kuasa kepada Umno-BN semula

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share