oleh Shahbudin Husin

Berikutan saman oleh sebuah firma tukang emas di Beirut terhadapnya, Rosmah Mansor, melalui peguamnya bukan saja menolak dakwaan menggunakan wang curi untuk membeli 44 unit barang kemas bernilai hampir RM60 juta dan sedang dituntut itu, malah juga menafi melakukan pembelian kepada barangan tersebut.

Sebaliknya, peguam isteri bekas Perdana Menteri itu berkata, barangan itu hanya diperlihatkan saja kepada Rosmah.

Alamak, apa sudah jadi? Beli atau tidak beli? Benarkah diperlihatkan saja?

Jika tidak dibeli, kenapa barangan kemas bernilai hampir RM60 juta tersebut yang dihantar kepada Rosmah pada 10 Februari, masih lagi disimpan di kediamannya sehingga ia dirampas oleh pihak polis dalam serbuan selepas kejatuhan Najib Razak dalam pilihanraya 9 Mei lalu?

Kenapa tidak segera dipulangkan sebaik saja selesai melihat-lihat atau membeleknya dan jika benar, tidak mahu membelinya? Berapa lama Rosmah mahu menyimpan barangan kemas itu di kediamannya?

Apakah proses melihat-lihat dan membelek barangan kemas tersebut memerlukan tempoh masa lebih 3 bulan?

Adakah mana-mana kedai emas sedia membiarkan barangannya disimpan di rumah pelanggan dalam tempoh begitu lama tanpa sebarang bayaran atau dibeli sebahagiannya?

Mungkinkah barangan itu sebenarnya memang dibeli oleh Rosmah, cuma bayarannya saja belum dijelaskan?

Jika tidak, mengapa ia berada dalam simpanan Rosmah melebihi tempoh 3 bulan?

Kak Ros, cakaplah betul-betul – beli atau tidak barangan kemas tersebut?

SEDIALAH CEPAT WUJUDKAN TABUNG KEDUA?

Selepas Najib Razak dituduh di mahkamah, kini isterinya Rosmah Mansor pula disaman sebanyak hampir RM60 juta oleh seorang tukang emas terkenal dari Beirut atas penghantaran 44 barangan kemas yang dihantar kepadanya pada Februari lalu.

Tukang emas terbabit melalui syarikatnya, Global Royalty Trading SAL dalam tuntutannya mendakwa, pada 10 Februari lalu, telah menghantar 44 unit barangan kemas berupa kalung berlian, anting-anting, cincin, gelang dan tiara yang setiap satunya bernilai antara AS$124 ribu hingga AS$925 ribu kepada Rosmah.

Global Royalty dalam tuntutannya memohon perisytiharan mahkamah bahawa semua barangan itu adalah milik sah mereka serta perlu dikembalikan atau alternatifnya, Rosmah wajar membayar kembali keseluruhan nilai barangan kemas tersebut.

Polis sebelum ini merampas 72 beg di mana 25 daripadanya adalah mengandungi barangan kemas berjumlah 12 ribu jenis di kediaman dan kondo yang dikaitkan dengan Najib yang berjumlah RM440 juta.

Nilai semasa semua rampasan dalam 72 beg berkenaan, termasuk wang tunai sebanyak RM116 juta, 567 beg tangan mewah, 423 utas jam tangan berjenama dan 234 cermin mata, adalah dianggarkan antara RM900 juta hingga RM1.1 bilion.

Rabu lalu, Najib dituduh di mahkamah atas empat pertuduhan rasuah serta pecah amanah dan dibebaskan dengan ikat jamin RM1 juta sementara menunggu hari perbicaraan.

RM500 ribu daripada wang jaminannya adalah hasil kutipan yang digerakkan oleh sekumpulan pemimpin UMNO, termasuk ada Ketua Wanita UMNO yang sanggup menyerahkan gelang kesayangannya.

Kini, selepas Najib, giliran Rosmah pula berdepan tuntutan saman RM60 juta atas pembelian 44 jenis barangan kemas yang belum dibayar, tetapi sudah dirampas oleh pihak polis.

Apa usaha para pemimpin UMNO, termasuk Wanita UMNO di seluruh negara untuk membantu Rosmah jika kalah dalam saman ini di mahkamah?

Kenapa tidak dimulakan usaha menubuhkan tabung kedua dengan segera? – ShahbudinHusin

KLIK BACA: Selagi Jho Low belum ditangkap jangan berani serah kuasa kepada Umno-BN semula

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share