Utusan Online menyiarkan gambar yang didakwa sebagai hidangan daging babi berkenaan.

Beberapa wartawan beragama Islam dan Hindu amat terkilan apabila mereka dihidangkan daging babi ketika membuat liputan majlis makan malam Anugerah Pencapaian Kecemerlangan Agro Malaysia di Sekolah Pay Fong di Melaka, malam semalam.

Portal Utusan Online melaporkan beberapa wartawan kecewa dengan sikap tidak sensitif penganjur yang gagal mengelolakan majlis itu dengan baik dan menghidangkan menu babi tanpa memaklumkan perkara berkenaan.

Wartawan yang tidak dinamakan itu dilaporkan kesal kerana pihak penganjur tidak menyediakan meja khas untuk makanan halal kepada wartawan beragama Islam.

Menurut portal itu, majlis berkenaan juga dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin; ahli-ahli dewan undangan negeri serta beberapa tetamu kehormat lain.

Lebih teruk lagi, kata laporan itu, langsung tiada wakil daripada pihak penganjur yang mendekati wartawan untuk memaklumkan mengenai jenis hidangan sepanjang majlis tersebut.

Ini hingga menyebabkan wartawan beragama Islam duduk semeja dan makan makanan yang tidak diyakini halal bersama wartawan bukan Islam.

Antara wartawan yang hadir termasuk daripada agensi berita Utusan Malaysia, MelakaKini, RTM Melaka, The Star dan Tamil Nesan Daily selain beberapa wartawan daripada akhbar Cina.

KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta sediakan cepat tabung kedua?

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share