Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pembelian dua kapal selam Perancis pada 2002 ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

KUALA LUMPUR – Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berkuasa dalam bidang kehakiman Malaysia dan Perancis mengendalikan kes itu, kata Duta Besar Perancis ke Malaysia, Frédéric Laplanche.

Bercakap kepada Bernama baru-baru ini berhubung isu itu, yang menjadi lebih utama dalam kalangan rakyat Malaysia sejak dua bulan kebelakangan ini susulan pilihan raya umum lepas, Laplanche berkata kerjasama antara kedua-dua pihak adalah lancar.

“Kerjasama antara pihak berkuasa kehakiman di Perancis dan Malaysia amat baik. Mereka telah berhubung dengan Peguam Negara Malaysia yang baharu mengenai semua isu berkaitan persoalan pada masa lampau dan saya dapat merasakan kesediaan yang kuat untuk menjalin kerjasama di kedua-dua pihak.

“Isu-isu ini sedang ditangani dan dikendali oleh pihak yang kompeten,” katanya kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif baru-baru ini, yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Perancis pada 14 Julai.

Bagaimanapun, Laplanche berkata beliau tidak boleh mengulas lanjut isu itu kerana ia berada di bawah bidang kehakiman Perancis, yang merupakan badan bebas di negara tersebut.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, telah dilaporkan berkata bulan lepas bahawa penubuhan sebuah pasukan petugas akan dibincang dalam Kabinet bagi menyiasat dakwaan rasuah membabitkan pembelian dua kapal selam Perancis pada 2002 ketika bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri pertahanan.

Pada 2002, Najib menyelia pembelian dua kapal selam jenis Scorpene dan satu kapal selam jenis Agosta daripada unit limbungan tentera laut Perancis, DCN, bernilai hampir €1 bilion (US$1.17 bilion).

Pada Mei, sebaik sahaja kerajaan baharu dibentuk, Mohamad Sabu berkata beliau perlu mendapatkan gambaran penuh berkaitan perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum meneliti butiran isu dan skandal dalam ATM, termasuk pembelian kapal selam Scorpene itu. — Bernama

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share