Mayat Zaimah Mahmod dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat. — KhalifahMailOnline

Seorang pembantu tadbir maut dipercayai ditikam dan dicekik rakan sekerjanya dalam kejadian di sebuah Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad di Telok Datok, Banting dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Supt Azizan Tukiman berkata dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang merupakan pembantu makmal di kolej berkenaan dipercayai mencekik dan menikam Zaimah Mahmod, 57, menggunakan pisau.

Wanita yang berasal dari Terengganu itu adalah ibu tunggal dan bertugas di kolej berkenaan sejak 18 tahun lalu.

Beliau berkata pihaknya sebelum itu menerima panggilan telefon daripada suspek berusia 28 tahun yang mengaku bahawa dia baru sahaja membunuh mangsa dengan cara menikam dan mencekik wanita itu.

Menurut Azizan, anggota polis kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian dan menemui suspek bersama mayat mangsa di dalam stor pejabat pentadbiran kolej tersebut.

Beliau berkata siasatan mendapati suspek mengaku telah menikam dan mencekik mangsa sehingga mati akibat berdendam kerana sering disindir mangsa.

“Mangsa dikatakan selalu menyindir suspek ada ‘hubungan sulit’ dengan seorang staf di tempat kerja sama. Walaupun dinafikan oleh suspek, mangsa masih juga menyindir dan mengata suspek.

“Pada masa sama suspek juga didapati mempunyai rekod dan menjalani rawatan stres di Hospital Banting. Semasa kejadian hanya suspek dan mangsa sahaja berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Azizan berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk dibedah siasat dan pihak polis akan mendapatkan perintah tahanan reman ke atas suspek hari ini bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. — Bernama

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share