Hanipa Maidin sedia berbincang dengan SPRM supaya sejumlah wang dapat dikeluarkan daripada akaun Datuk Seri Najib Razak yang dibekukan bagi membantu anaknya Puteri Norlisa yang menghidap kanser.

Timbalan menteri [Undang-undang] di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Hanipa Maidin mahu membantu bekas perdana menteri membayar bil perubatan anaknya yang mengidap kanser.

“Jika benar apa yang dilaporkan, saya rasa tidak ada masalah untuk mantan PM itu arahkan peguam beliau menulis kepada pihak yang berkenaan bagi keluarkan sejumlah wang dari akaun yang dibekukan itu untuk tujuan pembayaran bil,” katanya.

“Saya tak pasti beliau telah lakukan hal yang saya katakan itu. Jika sudah, kena push (tekan) lah dan boleh juga tulis surat kepada saya atau menteri di Jabatan Perdana Menteri. Insya-Allah, saya akan bincang dengan SPRM tentang perkara itu” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata Najib tidak wajar menuduh Pakatan Harapan kerajaan yang zalim jika belum berbuat demikian.

Najib dalam tulisannya di Facebook menzahirkan kekesalan berikutan kerajaan membekukan akaun peribadi, anak dan cucunya hingga menyukarkan beliau menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Sebelum ini, Utusan Online melaporkan Puteri Norlisa, anak sulung Najib yang menghidap kanser memerlukan wang bagi membiayai rawatan termasuk bayaran bil kemoterapi.

KLIK BACA: Kak Ros disaman 60 juta sediakan cepat tabung kedua?

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share