Bekas pegawai Datuk Seri Najib Razak ditahan bagi siasatan kes menyeleweng pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak. – Foto FMT

Individu berusia 40-an itu ditahan pada Isnin lalu selepas ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata pengarah siasatannya Datuk Simi Abdul Ghani.

Beliau yang pernah berkhidmat dengan mantan perdana menteri itu direman empat hari sejak Selasa lalu, lapor Berita Harian.

Sebuah portal berita sebelum ini melaporkan sumber dalaman SPRM berkata individu itu meminta wang, dipercayai jutaan ringgit, daripada syarikat di Bintulu.

Sebelum ini, Sarawak Report mendedahkan seorang bekas pegawai Najib menandatangani projek bernilai RM1.25 bilion untuk pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah.

Malay Mail melaporkan pada bulan Jun, dua lelaki termasuk pengarah urusan syarikat di Bintulu direman enam hari bagi membantu siasatan kes penyelewengan kontrak tersebut.

Pengarah itu dan seorang peguam ditahan bagi siasatan bawah Seksyen 18 (a) Akta SPRM 2009 kerana membuat tuntutan palsu terhadap projek yang gagal itu.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik mengarahkan siasatan dijalankan terhadap penyelewengan kontrak membekal tenaga solar dan diesel di 369 sekolah itu.

KLIK BACA: Pemuda Umno Kedah pertikai pesta kutip derma, seru jauhkan diri dari pemimpin dibicarakan di mahkamah

KLIK BACA: Dana 1MDB skim PONZI untuk rasuah perkaya diri sendiri, kata Peguam Negara Switzerland

KLIK BACA: Gambar Mahathir kena potong bukan arahan saya – Najib Razak

KLIK BACA: Saya bimbang Tommy pekena saya dalam apa juga cara – Najib 

KLIK BACA: “Pemimpin Umno pakai Bentley, rumah ada lif, tabung derma Najib tak perlu”

KLIK BACA: Zunar: Saya rindu Najib yang cuba penjarakan saya selama 43 tahun

KLIK BACA: Zeti nafi, Najib berani tunjuk slip bank kepada siapa RM2.6 bilion dipulangkan?

KLIK BACA: Umno tolong tangkap Jho Low cari siapa bunuh Altantuya InsyaAllah Malaysia aman makmur semula – Ana Ghoib

Now You Know Dont Say Thank - Comment & Share